Followers

Saturday, July 11, 2009

YES!!! SAYA MELERAIKAN SUMPAHAN....

  • Hari ni sangat bermakna buat saya, ulang tahun kelahiran suami yang ke 29. Selalunya bila di hujung bulan Jun akal saya mula ligat mencari idea untuk 'suprise'kan suami tercinta. Rasanya ini kali ke 3 saya tidak lena tidur bila tiba tarikh lahir suami.
  • Tahun sebelum ni saya nak suprisekan suami kek cantik yang saya order, dorang hantar ke sekolah. Terpaksa sorok dalam timbunan kain yang belum berlipat (nak letak dalam peti ais takut abang jumpa lak.....), tapi saya yang takleh tido....takut kek tu dimasuki siti lipas atau awang semut...hehehe. Akhirnya, tepat jam 12 malam, dah masuk 11 Julai saya kejutkan suami tengok kek tu.....(tengok je dulu, esok baru makan). Baru boleh letak dalam peti ais...ah!lega rasanya.
  • Pernah jugak saya beli kek, letak je atas kereta sebelum kami balik kerja. Saya menyorok kat belakang pokok nak tengok reaksi suami.....hehehe. Dari jauh saya nampak dia tersenyum, bahagianya hati saya tak terkata......
Kali ni saya berjaya membuatkan suami terkejut badak.....kikikiki. Saya buat kek khas untuk suami. Pukul 1 pagi saya bersengkang mata bersilat di dapur.....terpaksa buat kerja "lemah gemalai", takut bunyi kuat suami terjaga.....

Dan, fakta yang paling utama inilah kali pertama saya buat kek....selama 27 tahun hidup saya tak pernah bermimpi untuk buat kek. Sebelum buat kek saya solat dan doa agar kek saya jadi......hehehe. Dan inilah hasilnya.......tadaaaa!!!

memang le tak secomel kek orang lain, tapi ini dah cukup comel untuk saya

  • FAKTA YANG LAIN IALAH, seingat saya dari kecil hingga sekarang kami sekeluarga buat kek atau biskut raya tak pernah jadi.....seolah-olah kami mendapat sumpahan buat kek dan biskut tak jadi....hehehe. Bukan kakak2 saya tidak berminat untuk buat tapi jarang yang cantik, dan sedap seperti kek orang lain....
  • So, sayalah HERO yang meleraikan sumpahan itu.... lepas ni kakak saya di Penang tidak perlu risau BISKUT ARABNYA hangit dan orang tengok pun tak mau, bak kata pepatah "itik tak sudu, ayam pun tak nak patuk" hehehe.... atau adik saya HUDA, tak perlu lagi khuatir TART NENASNYA keras hingga kalau ayam kene baling pun seminggu pening ayam tu tak hilang.....begitulah adanya.
  • ya...raya tahun ni pasti lebih berseri dengan KEK COKLAT KUKUS saya.

buku USUL FIQH karangan Mufti Pulau Pinang
hadiah buat suami (tiap-tiap tahun hadiah buku.....emm...)


menu petang laksa penang khas buat suami

tinta normi : selamat hari lahir abang.....sesungguhnya mie sangat bahagia hidup bersama abang. doakan mie dapat menjadi isteri solehah yang menyejukkan hati abang, menjadi isteri yang menempah syurga dari mana-mana pintu impian mie.....
" YA ALLAH, AMPUNILAH SUAMIKU, YA ALLAH, KASIHILAH SUAMIKU, YA ALLAH, CINTAILAH SUAMIKU DAN JADIKAN DIA ORANG YANG SANGAT MENCINTAIMU, SERTA DISANJUNGI PENDUDUK LANGIT DAN BUMI....AMEEN YA ROBB."

P/S : saya buat kek kukus sebab di rumah tiada oven, maklumlah tak penah terfikir saya boleh buat kek.... nampaknya lepas ni boleh la usya2 abang belikan oven.....

p/s lagik : sejujurnya saya tak suka kek.....


1 comment:

Anonymous said...

kek buat sendiri mmg lebih istimewa dpd kek beli walaupun tak cantik atau tak sedap. tahniah!

KAMI ^_^

KAMI ^_^