Followers

Saturday, October 5, 2013

ESOK : ZULHIJJAH BULAN TERAKHIR TAHUN 1434H

Teks : Normi Yusof

Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum berkahwin dengan pegawai falak, saya tidak pernah tahu bahawa sebenarnya pegawai-pegawai falak dalam jabatan agama setiap negeri akan melihat anak bulan setiap bulan. Ingatkan hanya untuk Ramadhan dan Syawal sahaja.

Hari ini 29 Zulkaedah merupakan hari melihat anak bulan/hilal untuk bulan terakhir dalam tahun 1434H. Alhamdulillah, kehangatan musim haji dan Hari Raya Aidil Adha sudah semakin terasa. Cepat sungguh masa berlalu. Kita berada pada penghujung tahun. Kalau mengikut tahun masihi jika hujung tahun begini, pasti sekarang sudah meriah dengan lagu-lagu krismas di pasar raya, Santa Claus dan sebagainya.

Tidak mengapa, kita umat Islam ada identiti sendiri untuk meraikan hujung tahun kita. Banyakkan ibadah di 10 hari awal bulan Zulhijjah yang bakal bermula esok insyaAllah. 
Semoga hari raya Aidiladha kita lebih terasa nikmatnya. 

Nak tahu amalan-amalan sunat yang banyak fadhilatnya boleh jenguk laman sosial Dr.Abdul Basit, ada video kuliah yang beliau kongsikan di situ.https://www.facebook.com/AbuAnasMadani


Gambar di atas,pagi tadi. Ketika suami saya mengadakan persiapan untuk Majlis Ru'yah Hilal Zulhijjah untuk negeri Sabah. Di Balai Cerap Al Biruni - belakang rumah saya sahaja sebenarnya.
InsyaAllah saya bakal balik meraikan hari raya Aidiladha di Kelantan bersama keluarga. Tak sabar sungguh rasanya. 

Selepas Zulhijjnah menanti pula 10 Muharam, hari jadi anakanda kedua saya Iman Nurul'atifah. Harapya 10 Muharam masih belum lagi cuti sekolah hujung tahun. Iman selalu minta dibawakan kek hari jadinya ke Pasti Al Fathonah seperti kawan-kawannya. Kalau ikut hari jadinya bulan masihi memang tiada harapan mahu bawa kek kerana hari jadi Iman 27.Disember, sudah sah cuti sekolah hujung tahun!

Saya cuba untuk memastikan bulan-bulan hijri bermakna - 12 Syawal hari kelahiran anakanda Muhammad Al Ameen, 27 Ramadhan pula Adib Al Ameen lahir. 

Apapun, semoga tahun-tahundan hari-hari kita yang bertambah ini lebih mendekatkan kita kepada Allah dan kecintaanNya.

Mahu belajar asas blog & fanpage : klik 
Mahu memborong pelgai produk untuk permulaan bisnes : klik >>http://alhuffazjualborong.blogspot.com/
Mahu dapatkan produk kanak-kanak dan jubah kanak-kanak : klik >>https://www.facebook.com/RawdhatulAthfal

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^