Followers

Friday, February 24, 2017

Didik Anak Dengan Terapi Doa.

Bismillah, walhamdulillah.
Nota : Normi Yusof
Foto : Koleksi Peribadi

Lepas solat Isyak berjemaah tadi, anak-anak lebih erat memeluk ummi. Biasa memang peluk juga, tapi kali ni lain sikit. Mungkin sebab masa berdoa ummi kuatkan doa baru ini. 😀
Sekadar mahu berkongsi, sekadar ilham yang Allah bagi - saya dengarkan pada anak-anak betapa bersungguh-sungguhnya saya doakan ma dan ayah saya. Bersungguh yang sesungguh hati. 
Betapa bersungguhnya saya doakan abi mereka - Albelurani Alfalaki
Bersungguh saya mempamer cinta dalam doa. 
Percayalah, impaknya cukup besar pada anak-anak.

Kita mahu anak-anak yang bukan saja doakan kita, atau sekadar "membaca" doa itu dalam Bahasa Arab...tapi kita mahu mereka benar-benar minta pada Allah. Minta pada Allah bonda mereka nan satu ini jaaaauhhh dari neraka. Minta pada Allah ayahanda mereka beroleh syurga dengan hisaban yang mudah.
Sepertimana perkara yang sama kita mahukan untuk bonda dan ayahanda kita.


No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^