Teks : Normi Hj Mat Yusof
Cuti sekolah anak-anak sudah bermula. Alhamdulillah, alhamdulillah. Walaupun bakal berdepan karenah demi karenah, yang pastinya menguji iman namun ia tetaplah sebuah nikmat kan? Bukankah kita masih ada anak di sisi saat ada segelintir ibu-ibu yang anak-anak mereka sudah mendahului menemui Pencipta?
Dalam setiap sujud solat, berdoalah agar Allah melenturkan kita dengan akhlak terbaik terhadap anak-anak agar mereka juga biasa terdidik dengan akhlak yang karimah. Jujurnya, soalan untuk diri saya juga - berapa ramai dari kita menadah tangan berdoa agar Allah pimpin kita dalam kita mendidik amanahNya ini. Di tangan kita ada bakal khalifatullah, maka marilah kita sebagai ibu dan ayah mendidik mereka dengan sebaik yang mungkin. Cara terbaik mohonlah petunjuk dari Allah.
Agak-agak apa target ibu-bu sekalian untuk anak-anak dalam cuti sekolah ini ya? Eh, jangan cukup sekadar membiarkan mereka bersantai-santai dan menonton tv sahaja. Pernah saya terbaca satu perbincangan di kalangan ibu-ibu yang mahu anak cepat pandai membaca dengan kaedah buku Bacalah Anakku. Salah satu tips penting katanya, mesti ada target untuk anak-anak. Contoh target hari ini mesti membaca buku 1 muka surat 1 selama 5 minit. Jadi mesti konsisten sekuarang-kurangnya 5 minit setiap hari. Kalau lebih itu lebih baik. 15 minit terbaik, tapi 5 minit sudah memadai. 5 minit pagi, tengah hari, petang dan malam. Biar sedikit tapi berterusan.
Sama seperti saya, tahun lalu saya mahu anakanda sulung saya Muhammad Al Ameen khatam Iqranya, dan sudah boleh pindah ke Al Qur'an. Jujurnya, target itu tidak tercapai pada bulan tersebut (cuti sekolah hujung tahun 2012). Namun,saya bersyukur sekurang-kurangnya saya mencapai target masa saya mahu ajar Iqra setiap hari. Alhamdulillah sekarang Abelong sudah lancar membaca al Qur'an. Sudah juzuk 4. Tinggal lagi mahu betulkan tajwid dan target saya untuk bulan cuti sekolah sebelum Muhammad Al Ameen menjengah sekolah rendahnya ialah dia sudah lancar, fasih dan selesai menghafaz dari Surah Al Balad hingga Surah An Nas. Kini sudah selesai surah Ad Dhuha.
Setiap pagi, selepas mengaji anakanda Muhammad Al Ameen boleh tengok rancangan Thomas & Friends yang diminatinya. Sekadar hadiah dari ummi, sebab rajin mengaji. Untuk anak-anak saya sedaya mungkin hadkan hanya beberapa rancangan TV saja.
Iman Nurul'atifah pula, saya sebenarnya masih mencari-cari kaedah yang sesuai untuknya. Selalu merajuk dan menangis bila diminta ulang Iqra di mukasurat yang sama. Hari-hari mahu pindah walaupun tak lancar. Aduhai anak.Bersabar sahaja wahai ummi! Adib Al Ameen? Satu hari satu huruf. Sekarang masih A BA TA. ^_^
Sebenarnya, apa yang terbaik untuk anak-anak terserah pada penilaian ibu bapa. Ada yang lebih suka nak-anak berada di kampung bersama datuk dan nenek. Ada juga yang mahu anak-anak insaf dan terdidik dengan kem-kem cuti sekolah. Mana yang terbaik, terserah kepada ibu bapa. Cuma untuk anak-anak saya, saya mahu fokus pada Al Qur'an dan memperbetulkan solat mereka.
Alhamdulillah, kami di Al Huffaz ada menyedia beberapa produk untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Al Qur'an untuk anak-anak.
Berminat untuk memiliki produk pembelajaran di atas boleh hubungi saya :
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi )
No comments:
Post a Comment