8 : Tips anak mudah hafaz Al Quran (siri 2)
-Tanamkan hasrat dari janin-
1 : KEAZAMAN
-Tanamkan hasrat dari janin-
1 : KEAZAMAN
Seawal-awal kandungan lagi ibu dan ayah perlu mempunyai keazaman untuk mendidik anak mereka menghafaz Al-Quran. Keazaman ataupun niat penting di dalam satu-satu perkara. Ianya adalah tindakan awal bagi memastikan kesinambungan gerak kerja seterusnya.
Hadis daripada Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka.
Bagaimanakah niat atau keazaman itu dipraktikkan? Mari kita cari iktibar atau panduan yang telah dipraktikkan oleh ibu Maryam Al Muqaddasah. Ketika di dalam kandungan lagi, Maryam Al Muqaddasah telah dinazarkan oleh ibunya. Beliau bernazar akan menyerahkan Maryam supaya berkhidmat dan menjadi ahli ibadah di Baitul Maqdis. Hayati lantunan ini :
(Ingatlah), ketika isteri ‘Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (3:35)
Allah telah menerima nazarnya lalu memerintahkan Nabi Zakaria sebagai penjaga Maryam, lalu menurunkan ayat :
Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. (3:37).
Keazaman ibu Maryam sudah lama tersemat di dalam hatinya untuk menjadikan Maryam sebagai seorang yang mengabdikan diri untuk Allah taala. Lantaran itu terkeluarlah nazar dari mulutnya yang menunjukkan keazaman yang kuat.
2 : DOA
Doa khasnya untuk anak yang berada di dalam kandungan. Doa yang istiqamah dari ibu ayah melambangkan kesungguhan mereka dalam mendidik mereka. Allah juga telah menukilkan keistimewaan doa di dalam Surah Al Baqarah:
Mintalah kepadaKu, sesungguhnya aku akan menjawab/mengabulkan permintaanmu.
Berdoalah dengan suara yang kuat dan berulang-ulang kali, supaya dia yang kecil di dalam rahim dapat mendengar doa ibu dan ayahnya sehinggalah sikap ini dikatakan boleh menjadikan mind setting bayi anda.
3 : KENALKAN DENGAN AYAT-AYAT AL QURAN
Selalu membaca Al Quran dan dalam masa yang sama kita dapat memperdengarkan dan memperkenalkan bayi dalam kandungan dengan ayat-ayat suci Al Quran. Sentiasa istiqamah membaca Al Quran, sekurang-kurangnya satu muka selepas solat.
Sesetengah ulama' ada menyusun surah-surah yang patut dilazimi ketika mengandung. Antara penyusunan surah-surah yang mudah ketika mengandung adalah seperti berikut :
1.Surah Yusuff
2.Surah Luqman
3.Surah Maryam
4.Surah At Taubah
2.Surah Luqman
3.Surah Maryam
4.Surah At Taubah
Tetapi lebih elok kita sebagai ibu dan ayah dapat mengkhatamkan bacaan Al Quran ketika mengandung. Faedahnya sangat banyak dan mendatangkan pahala.
4 : SAMPAIKAN HASRAT DENGAN BERKOMUNIKASI
Alangkah bahagianya pasangan ayah dan ibu ketika berkomunikasi dengan bayi di alam rahim. Mana tidaknya, setiap kata-kata pasti akan disusuli dengan respon yang mengujakan. Lebih-lebih lagi bacaan ayat Al Quran dan kata-kata positif, pasti akan disusuli dengan respon atau 'tendangan' yang menakjubkan.
Mustahak bagi pasangan ayah dan ibu menyampaikan hasrat mereka terhadap anak yang dikandung dengan cara berkomunikasi. Sentiasa bercakap, berpesan dan bercerita tentang hasrat murni ibu dan ayah ingin menjadikan anak mereka penghafaz Al Quran. Tindakan ini akan menjadikan anak anda menerima info ke mindanya dan bersedia dengan hasrat ibu dan ayahnya sebaik dilahirkan.
1 comment:
best!
Post a Comment