Followers

Thursday, June 11, 2015

Tips Keibubapaan - Cipta Suasana Penuh Kenangan

Teks : Normi Hj M.Yusof
Foto : Koleksi Peribadi


Bismillah, walhamdulillahi Rabbil A'lamin.

Saya menulis tanpa niat untuk berbangga-bangga. Sekadar mahu berkongsi suasana yang ayahanda cipta di rumah hingga ke dewasa kami  anak-anak masih  merindui suasana ini.



Ayah saya hanya insan biasa, tetapi dia memberi kami didikan tanpa suara yang luar baisa untuk kami.Luar biasa kerana ini yang membuatkan kami rindu untuk sentiasa berada di rumah dan rindu untuk berada dalam suasana itu.

Ini pelajaran tanpa sedar yang saya belajar dalam ilmu "parenting" dengan ayah. 

Ciptalah suasana ini, suasana kita sama-sama menadah kitab untuk lebih dekat dan akrab dengan Allah. Bukan sekadar masa untuk mengajar anak-anak mengaji, tetapi cari masa untuk sama-sama tadah kitab. Tidak kisah kitab apa. Bermula dengan ayah atau ibu yang membaca. Tidak tahu ulas tidak mengapa, kerana jika anak kecil ada dalam majlis itu pasti mereka akan ada sessi uji minda. Bertanya itu ini. Hehe

Percayalah, suatu ketika jika mereka belajar jauh atau sudah dewasa inilah yang mereka rindui. Sayalah testimoninya. 

======================================
Laluan iklan : 




ICS Learning Pack, apakah?
-------------------------------------
1. ICS ialah kit pembelajaran English-Islami untuk seisi famili.
2. Ada input (mendengar, membaca) dan output (menyanyi, menjawab soalan lisan, menulis, melukis).
Satu set mengandungi:
>> 1 CD (10 lagu) - lagu nursery rhymes seperti Itsy Bitsy Spider / Rain, Rain Go Away/ Twinkle, Twinkle Little Star / Ants Marching One by One.
Lirik diubahsuai dengan pengisian Islami, contohnya:
1. Lagu Our Faith (rentak BINGO): Memperkenalkan 3 kalimah awal dan utama iaitu Allah, Muhammad dan Al Quran.
2. Lagu Battle of Badr (rentak Ants Marching One by One): Berkisar cerita dan semangat Perang Badar.
>> 1 Buku Aktiviti: 67 halaman
Aktiviti berdasarkan 10 lagu. Didesain untuk anak-anak seawal boleh memegang pensel sehingga 12 tahun, dengan bantuan dan sokongan ibu ayah.
>> 1 kotak Quran Quiz Cards: 79 keping
Ada 3 tahap: Level 1, 2, 3.
Bagus untuk ibu ayah!
Boleh dimainkan di dalam kereta.
Ganti kepada kad bola, pokemon, Uno
>> PERCUMA! Stickers.
Yang ini, semua orang suka.
Harga satu set rm50.00

Hubungi saya untuk membeli
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^