Followers

Wednesday, March 29, 2017

Mary Jardin - Akhirnya!

Bismillah, walhamdulillah.

Finally I am Mary Jardin Agent too.
Natural organic skincare lover. 


Normi Yusof
Mary Jardin Trusted Agent
0195394216
Fee; free to WA





Friday, February 24, 2017

Didik Anak Dengan Terapi Doa.

Bismillah, walhamdulillah.
Nota : Normi Yusof
Foto : Koleksi Peribadi

Lepas solat Isyak berjemaah tadi, anak-anak lebih erat memeluk ummi. Biasa memang peluk juga, tapi kali ni lain sikit. Mungkin sebab masa berdoa ummi kuatkan doa baru ini. ðŸ˜€
Sekadar mahu berkongsi, sekadar ilham yang Allah bagi - saya dengarkan pada anak-anak betapa bersungguh-sungguhnya saya doakan ma dan ayah saya. Bersungguh yang sesungguh hati. 
Betapa bersungguhnya saya doakan abi mereka - Albelurani Alfalaki
Bersungguh saya mempamer cinta dalam doa. 
Percayalah, impaknya cukup besar pada anak-anak.

Kita mahu anak-anak yang bukan saja doakan kita, atau sekadar "membaca" doa itu dalam Bahasa Arab...tapi kita mahu mereka benar-benar minta pada Allah. Minta pada Allah bonda mereka nan satu ini jaaaauhhh dari neraka. Minta pada Allah ayahanda mereka beroleh syurga dengan hisaban yang mudah.
Sepertimana perkara yang sama kita mahukan untuk bonda dan ayahanda kita.


Monday, June 22, 2015

Akademi Bekerja Di Rumah Menjawab

Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri.
Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.
Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. 


HUBUNGI SAYA 
GURU ONLINE ABDR
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
 Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi )

Thursday, June 11, 2015

Tips Keibubapaan - Cipta Suasana Penuh Kenangan

Teks : Normi Hj M.Yusof
Foto : Koleksi Peribadi


Bismillah, walhamdulillahi Rabbil A'lamin.

Saya menulis tanpa niat untuk berbangga-bangga. Sekadar mahu berkongsi suasana yang ayahanda cipta di rumah hingga ke dewasa kami  anak-anak masih  merindui suasana ini.



Ayah saya hanya insan biasa, tetapi dia memberi kami didikan tanpa suara yang luar baisa untuk kami.Luar biasa kerana ini yang membuatkan kami rindu untuk sentiasa berada di rumah dan rindu untuk berada dalam suasana itu.

Ini pelajaran tanpa sedar yang saya belajar dalam ilmu "parenting" dengan ayah. 

Ciptalah suasana ini, suasana kita sama-sama menadah kitab untuk lebih dekat dan akrab dengan Allah. Bukan sekadar masa untuk mengajar anak-anak mengaji, tetapi cari masa untuk sama-sama tadah kitab. Tidak kisah kitab apa. Bermula dengan ayah atau ibu yang membaca. Tidak tahu ulas tidak mengapa, kerana jika anak kecil ada dalam majlis itu pasti mereka akan ada sessi uji minda. Bertanya itu ini. Hehe

Percayalah, suatu ketika jika mereka belajar jauh atau sudah dewasa inilah yang mereka rindui. Sayalah testimoninya. 

======================================
Laluan iklan : 




ICS Learning Pack, apakah?
-------------------------------------
1. ICS ialah kit pembelajaran English-Islami untuk seisi famili.
2. Ada input (mendengar, membaca) dan output (menyanyi, menjawab soalan lisan, menulis, melukis).
Satu set mengandungi:
>> 1 CD (10 lagu) - lagu nursery rhymes seperti Itsy Bitsy Spider / Rain, Rain Go Away/ Twinkle, Twinkle Little Star / Ants Marching One by One.
Lirik diubahsuai dengan pengisian Islami, contohnya:
1. Lagu Our Faith (rentak BINGO): Memperkenalkan 3 kalimah awal dan utama iaitu Allah, Muhammad dan Al Quran.
2. Lagu Battle of Badr (rentak Ants Marching One by One): Berkisar cerita dan semangat Perang Badar.
>> 1 Buku Aktiviti: 67 halaman
Aktiviti berdasarkan 10 lagu. Didesain untuk anak-anak seawal boleh memegang pensel sehingga 12 tahun, dengan bantuan dan sokongan ibu ayah.
>> 1 kotak Quran Quiz Cards: 79 keping
Ada 3 tahap: Level 1, 2, 3.
Bagus untuk ibu ayah!
Boleh dimainkan di dalam kereta.
Ganti kepada kad bola, pokemon, Uno
>> PERCUMA! Stickers.
Yang ini, semua orang suka.
Harga satu set rm50.00

Hubungi saya untuk membeli
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216

Sunday, May 10, 2015

Bisnes Dari Rumah : Borong Telekung Solat

Didik anak-anak mencintai solat. Caranya belikanlah telekung yang sesuai dengan usia mereka. Solat bersama mereka, panggil mereka apabila kita mahu bersolat. Pastikan mereka melihat kita bersolat dan mereka tahu kita mengutamakan solat.

Telekung Solat Kanak-kanak Barbie sedia untuk di borong. Samaada untuk tujuan jualan atau amal.
Alhamdulillah, Ramadhan tahun lepas ada insan-insan pemurah menginfakkan 40 pasang telekung solat untuk anak-anak yatim dan miskin di sekitar Kota Kinabalu Sabah melalui kami.







Berminat untuk memborong stok ini boleh emel, sms/whatapp saya : 

Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
 Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi )

Sekitar gambar anak-anak yatim dan miskin (Ramadhan tahun lepas) gembira menerima sumbangan telekung solat.





Thursday, April 16, 2015

Tips Motivasi Untuk Suri Di Rumah



Bismillah
Foto : Koleksi Peribadi


• Tetapkan sasaran kerja harian, sama ada kerja rumahtangga, urusan anak-anak, urusan diri sendiri. Agihkan urusan kerja mengikut jadual kerja empat tempoh.
• Jadual kerja empat tempoh ialah agihan 6 jam untuk setiap tahap. Maksudnya ada empat tahap dalam kalender masa 24 jam sehari. Tentukan bermula bangun pagi hingga anda selesai untuk hari tersebut.( 6 jam X 4 tempoh)
• Pastikan anda membuat senarai kerja setiapnya seimbang untuk diselesaikan setiap hari.
• Agihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh.
• Pastikan anda pandai mencuri masa rehat untuk diri sendiri.
• Jangan mudah stress melihat rumah berselerak dan anak-anak minta perhatian serentak. Tarik nafas buat senarai, atau segera buat satu persatu.
• Kadangkala apabila terlalu penat, tangguhkan dulu, rehat seketika dan kembali semula dengan rutin sibuk.
• Anda perlu tahu setakat mana kemampuan dan sasaran mahu dicapai.
• Apabila terlalu penat, berkongsi dengan suami, mintalah bantuan terutama hari minggu, mohon cuti menguruskan anak-anak. Biar suami sahaja yang uruskan.
• Antara zikir yang disarankan Rasulullah kepada salah isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga. Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar, ketika mahu tidur. Hilang segala kepenatan seharian dengan limpahan kasih sayang Allah.
Baca naskah Ebook Super WAHM Super Mom


Bagaimana cara untuk menghasilkan pendapatan melalui penulisan di blog dan facebook :
-Ia adalah produk informasi/digital
-Tidak perlu keluar rumah
-Tidak perlu ambil stok, simpan stok
-Hanya komputer dan internet
-usaha, konsten, fokus, ikut sahaja strategi yang sudah ada
Mudah sahaja jadi rakan niaga/pengurus online akademi bekerja di rumah.
saya buka pendaftaran khusus buat suri rumah yang serius mahu bekerja dari rumah. Suri kerjaya yang mahu memulakan bisnes online secara sambilan atau sepenuh masa. Saya buka untuk yang benar-benar serius, fokus dan komited sahaja
Hubungi saya untuk info lanjut :
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi )

Tuesday, January 27, 2015

Peluang Suri Berbisnes Online

Teks : Akademi Bekerja Di Rumah
Foto : Koleksi Peribadi




Tak kira kalian suri di rumah atau suri bekerjaya, ini peluang untuk kalian mula belajar asas mencari pendapatan sampingan. 
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.
Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.
Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.
Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.
Saya tak ada produk. Produk kami sediakan. Boleh jadi rakan niaga akademi. Jika sudah ada produk lagi ok.
Berapa lama boleh pandai? Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat lambat adalah bergantung pada protege sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, facebook dan fanpage untuk menjana pendapatan pula.
Apa lagi yang kami dapat? Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online, masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakan. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. 

Pertanyaan?
atau 
whatsapp 0195394216
Normi Hj M.Yusof 
Guru Online ABDR

KAMI ^_^

KAMI ^_^