Dari meja Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (Puan Masayu)
Tips bertenaga kerja dari rumah.
1. Bangun awal pagi. Selesaikan dahulu apa yang boleh selesai seblum anak-anak bangun.
2. Sarapan pagi enak, nikmati dulu kopi panas dengan sarapan yang paling kita suka.
3. Selang seli masa produktif kerja dengan masa rehat. Ambil masa 5 minit jemur pakaian, sedut udara nyaman. Nimati keliling hijau udara nyaman
4. Kalau mengantuk qailullah sekejap. Ajak anak-anak sekali. Tidur jemaah memang syok.
5. Masa anak-anak balik sekolah sedikan menu mereka suka bukan kita suka. Mereka kenyang kita juga gembira kerana tidak banyak buat hal.
*****************************
“USAHAWAN”. Pengurusan masa serta perancangan rapi sangat-sangat perlu apalagi kita bergerak sendiri tanpa pembantu rumah ataupun pekerja di butik.
Maka, saya kembali seperti dahulu. Bezanya, waktu pagi saya sibuk menguruskan hal-hal persekolahan anak-anak, memasak, mengemas, membasuh dan melayan anak ke-3 saya yang akan berumur 3 tahun pada hujung tahun ini. Di antara kerja-kerja rumah, saya mengintai perkembangan kedai online saya. Sambil tunggu nasi masak di dapur, saya menjawab email.
Sambil tunggu baju di dalam mesin, saya memasak. Sementara anak leka menonton TV, saya mengemas. Sementara anak tidur, saya edit gambar. Begitulah rutin harian saya. Jam 11 sehingga 2 petang adalah waktu paling sibuk saya.
Dimana anak-anak pulang dari sekolah agama, perlu diberi makan, disuruh mandi dan bersiap ke sekolah kebangsaan.Begitu juga yang sulung, balik sek keb dan perlu bersiap ke sek agama. Tergelincir sedikit dari waktu ,jadual harian‟ saya, maka kelam-kabutlah jadinya. Seawal 2 petang, saya bersiap untuk ke butik pula dengan ditemani anak ke-3 saya. Sampai di butik, kena kemas butik pula sambil melayan anak.
Nasib baik saya dah didik dia untuk tidur petang pada pukul 3. Jadi pada waktu dia tidur, saya selesaikan urusan rutin butik – pack barang-barang untuk di penghantaran pada hari itu. Selesai urusan poslaju, barulah saya teruskan aktiviti lain seperti menjahit, menghias, mengemas dan sebagainya sehinggalah tiba waktu tutup butik. Dahulu, sayalah pemandu kepada anak-anak. Kini, selepas saya kaji pengurusan masa saya, saya mengambil perkhidmatan van sekolah untuk anak-anak yang bersekolah. Sungguhpun begitu, ada kalanya, saya tetap turun ke sekolah pada waktu petang untuk menjemput anak-anak saya pulang dari sekolah.
Baca lagi dalam ebook Super Wahm Super Mom.
Klik di sini untuk info lanjut
No comments:
Post a Comment