Teks : Normi Hj M.Yusof
Foto : Koleksi Peribadi & ABDR
Ada ketikanya saat saya kebuntuan, atau merasakan diri ada kekurangan atau "ada yang tidak kena", pasti saya akan mencari ceramah-ceramah dari penceramah kegemaran.
Mendengar tazkirah dari insan-insan soleh untuk menghidupkan kembali hati. Semalam sempat membuka You Tube lantas ceramah Ustazah Norhafizah Musa benar-benar menusuk hati saya sebagai seorang ibu.
Bagaimana taubat kita boleh menjadi asbab anak-anak cemerlang dan berjaya. Perkara pertama yang beliau sebutkan pergantungan kita kepada Allah, dan tawadhuknya kita sebagai hamba Allah ada salah satu langkah awal untuk mendidik menjadi anak luar biasa hebat.
Apa niat kita saat mengandungkan anak-anak - iktibar dari ibundanya Maryam yang berazam mahu menyerahkan anak yang dikandungnya (tanpa mengetahui jantina) kepada mihrab untuk beribadah.
Mungkin ada yang terlupa untuk niat, atau sudah lupa apa yang diniatkan untuk anak-anak - namun selagi kita masih bernama ibu semua itu masih belum terlambat untuk mula memasang niat dari sekarang. Bahkan sebutkan niat dan hajat kita itu kepada anak-anak.
Saya ummi biasa-biasa. Ada masanya emosi tidak stabil. Ada masanya rasa bebanan membesarkan 4 anak ini. satu perasaan yang benar-benar sukar untuk diungkapkan secara tepat. Namun bila ustazah melafazkan satu masa kita berdoa dan serahkan segalanya pada Allah seolah-olah itulah jawapan yang saya cari selama ini.
Betapa siapa diri kita di sisi Allah benar-benar akan memberi impak yang cukup besar kepada corak akhlak dan masa depan anak-anak.
Dengarlah video ini, insyaAllah banyak manfaatnya.
****
Saya memang memegang prinsip setiap orang memiliki jalan yang berbeza. Saya memilih berada di rumah - bekerja dari rumah walaupun pendapatannya tidak tetap setiap bulan. Tapi saya mahu gigih berusaha di situ, kerana saya tahu kenapa saya memilih berada di rumah.
Ada sahabat yang tidak sesuai berada di rumah atas sebab-sebab tertentu. Semua ada alasan tersendiri.
NAMUN
Samada kalian ibu bekerjaya di luar rumah atau ibu bekerjaya dari rumah - minat mahu menjana pendapatan nline saya sedia membimbing. Sertai kami 860 blogger Akademi Bekerja Di Rumah. Belajar asas berniaga online. Belajar asas konsisten menulis dan tarik pelanggan ke blog. Dari pembaca menjadi pelanggan.
Antara kelas yang kami tawarkan :
1. Kelas Asas Blog Dan Penulisan
2. Kelas Asas Blog, Fanpage, Mula Bisnes Online
-Produk sendiri
-Produk dropship ABDR
3. Kelas Asas Blog Penulisan Kreatif
4. Kelas Beriklan Mudah.My
5. Kelas Asas Wordpress
6. Kelas Penulisan Ebook Pertama
7.Kelas Akaun
i. Kelas Akaun Online
ii. Kelas Akaun Kumpulan Kecil (4 hingga 6)
iii. Seminar/ Bengkel Akaun (15 hingga 30)
Hubungi saya untuk info lanjut :
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi )
1 comment:
ya, semua orang ada alasan tersendiri.
Post a Comment