Followers

Monday, April 26, 2010

ADIKKU, MATLAMAT KITA SAMA..WALAUPUN LORONGNYA BERBEDA

Surat untuk adikku Nurul Hidayah....

Dengan asma Allah yang Maha Agung

Hampir 10 tahun berlalu....rasanya masih hangat airmata kakmie mengalir ketika merasai betapa sukarnya meletakkan sebaris ayat Al Qur'an di ingatan. Sukar...sukar sungguh! Sebulan berada di sana, kakmie hampir mengalah...kotor sangatkah kakmie untuk Al Qur'an ini hingga sebegini sukar untuk menghafaznya? Ataukah kakmie tidak layak untuk menjadi salah seorang "ahlinya"? Kakmie menangis....

Dalam sukar itu, kakmie hampir rebah. Hampir nekad untuk keluar dari Darul Qur'an. Hinggalah, kakmie bersemuka dengan salah seorang mua'llim di sana...Ustaz Abdul Aziz. Kakmie mengagumi kethiqahannya, juga tawaduknya. Ustaz Abdul Aziz bukan seorang banyak bicaranya, namun sekali bertutur auranya terasa! Kata ustaz, SABARLAH.... memang begitu jalannya untuk mendapatkan Al Qur'an, ada yang Allah mudahkan jalannya, namun ramai juga Allah 'susahkan sedikit' lorongnya. Susah atau senang...Allah jua matlamat kita.

Dengan sedikit bicara mua'llim itulah kakmie tetap teguh di sana. Tambahan pula, kakmie benar-benar tidak mahu menghampakan AYAH. Ayah tetap guru kakmie yang pertama, ayah juga nyawa kakmie. Sungguh, kakmie benar-benar tidak mahu menghampakan ayah. Berbicara dengan ma di telefon adalah ubat terhebat kakmie tatkala diri merasa terlalu dhoif.

Itu cerita kakmie di sana....untuk masuk ke DQ jalan kakmie mudah sungguh. Semasa tunggu result SPM, ayah dengar kakmie mengaji...lepas tu ayah katakan pada kakmie : "Ayah suka sangat kalau mie hafaz Qur'an..." Itu titik tolaknya. Allah mudahkan urusannya....kakpie yang carikan borang DQ (masa tu kakpie kita di UM) - walaupun kakmie tak pernah tahu dan tak pernah dengar nama Darul Qur'an sebelum ini. Keluar result SPM, isi borang DQ, dan temuduga. Fasih saja bacaan & hafazan kakmie dengan 30minit masa diberi itu...lancar juga menjawab soalan temuduga. Alhamdulillah, macam mimpi kakmie masuk ke DQ.

Jadi Eee..tidak jadi masalah Eee tak dapat masuk DQ kerana esok, Eee tetap melangkah ke tempat yang mulia....kerana di mana saja ada Al Qur'an di situ ada kemuliaannya. Lorong kita mungkin berbeza.....namun, kita tetap bermatlamatkan MENGEJAR MARDHOTILLAH DENGAN AL QUR'AN INI.....

Adikku yang tersayang, andai rasa diri lemah, hampirilah kekuatan Allah.....justeru kita tidak akan merasa lemah lagi. Andai rasa diri hampir rebah, berpautlah pada doa dan tali kita pada Allah....justeru kita akan tetap teguh berdiri gagah. Jaga solatmu, itu kunci kemenangan kita!

MABRUK ADIKKU.... SEMOGA ESOK ADALAH PERMULAAN YANG TERBAIK UNTUKMU.


TINTA NORMI : saya menulis untuk adik saya, esok dia akan mendaftar masuk ke IQT (tahfiz terengganu). Memohon juga masuk ke DQ tempat saya belajar dulu...tapi rezekinya tiada di situ. Saya tahu dia kecewa.... sebab itulah saya menulis di sini. Supaya dia tahu, jalan saya cukup mudah untuk masuk ke DQ dulu, namun Allah menguji saya kesukaran menghafaz ketika di sana. Sukar sungguh, Allah saja yang tahu. Saya bukan pelajar terbaik di sana, saya hanya insan biasa2 yang bergelut dengan kepayahan untuk mengkhatamkan hafazan. Mungkin tidak cukup kesungguhan saya. Jadi, saya doakan Allah mudahkan segala urusan Hidayah di sana. Kerana dia tetap teguh untuk menghafaz Al Qur'an walaupun sudah mendapat tawaran menyambung matrik di Kedah. Dia juga kental dan nekad untuk mengejar matlamat menghafaz Al Quran ini. Sesungguhnya, semua tempat adalah terbaik kalau Allah matlamatnya, dan Al-Qur'an suluhannya.

Hidayah jauh lebih baik dari saya.....untuk menghafaz Al Qur'an tanpa menunggu keputusan permohonan masuk ke U pada 1Mei nanti adalah pilihannya. Tiada siapa menyuruh, tiada siapa juga memaksa.
SIIRU A'LA BARAKATLLAH ADIKKU!
SEMOGA KITA SAMA-SAMA BOLEH PAKAIKAN MA&AYAH MAHKOTA DI AKHIRAT NANTI.


5 comments:

albelurani said...

sokong seratus peratus... apa2 pun teruskan niat untuk mendampingi lebih erat dengan Al-Quran.

Segala2nya pilihan Allah dimana pun kita berada. Mungkin di ITQ terengganu adalah lebih baik untuk diri hidayah.

Nisha said...

Assalamualaikum semua,
Terharu..., semoga anakku bersemangat seperti itu.

Wassalam.

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

to albelurani...

ya bang, sama2 kita doakan hidayah berjaya dgn impiannya.

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

to kak nisha

waa'laikumussalam

ya akak, untuk al quran perlu semnagt yg kuat...sudah hafaz pun perlu semangat yg kuat, sb usaha nak mengekalkan lebih sukar.sukar dgn hawa nafsu.

tp, doa ibu ayah adalah ubat paling mujarab.

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

KAMI ^_^

KAMI ^_^