Followers

Monday, January 4, 2010

DIMASYHURKAN SEBAGAI......

IMAN NURUL'ATIFAH

Alhamdulillah hari Ahad - 3Januari genap seminggu usianya, pusat pun dah jatuh pada Subuh hari ke6. Abi tahnikkan dengan air zam zam dan kurma. Sebelum ini, Muhammad Al-Ameen tok chek yang tahnikkan. Puteri kedua ini kami namakan Iman Nurul'atifah.





Saya "jatuh cinta" dengan nama "AL 'ATIFAH" tatkala menelusuri buku tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - SIRAH NABAWIYAH INSAN TELADAN SEPANJANG ZAMAN. Menunggu giliran untuk pemeriksaan bulanan di klinik saya habiskan dengan membaca bab berkaitan isteri tercinta Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah RA. Disebabkan mulianya dan terjaga Saidatina Khadijah, dia disegani oleh semua pembesar Quraisy. Hingga diberi gelaran "Al 'Atifah At Tohirah" iaitu wanita yang murni dan suci, seorang saudagar yang baik, jujur, bertimbang rasa dan simpati. (m/s 267: bab Khadijah Kaya Dengan Kelembutan Budi)
Berbincang dengan suami, dia pun suka dengan gelaran Saidatina Khadijah yang murni dan suci ini.

Semoga anak ini mewarisi kemuliaan isteri kesayangan Nabi SAW..... ini doa abi, ini doa ummi sayang....


tinta normi : broadband slow sgt satu gambar je dpt upload...

7 comments:

Masayu Ahmad said...

tahniah atas kelahiran puteri ini

nama yang cantik, sedap dan sungguh bermakna

Adnazthie said...

Tahniah dan semoga semakin sihat untuk menjaga tetamu dari syurga anda.

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

mie to kak masayu

alhamdulillah, terima kasih.semoga jadi doa yg baik utk puteri ini.

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

mie to adnazthie

alhamdulillah dan syukran atas doa.

Esfarizam said...

tahniah kak mie dgn kelahiran baby pink ini, moga kelahirannya menambahkan bilangan pejuang di muka bumi Allah ini..ameen

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

to es....

terima kasih adik atas doa ini... luv u.

握壽司Stanley said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

KAMI ^_^

KAMI ^_^