Followers

Thursday, May 20, 2010

BILA ANAK SAKIT....=(

Dengan asma Allah yang Maha Agung....

Seingat saya ini kali kedua Muhammad Al-Ameen allergic/alahan. Kali pertama dengan susu, Ameen sejak saya mengandung Iman (usia Ameen setahun 8 bulan), sepenuhnya dia menyusu dengan susu Homeopati Dr Azizan Bio-Lac. Susu ni hanya kedai tertentu saja menjualnya, jadi bila habis stok kami agak kelam kabut kerana terpaksa menunggu hampir seminggu stok baru dari Semenanjung.

Dalam terpaksa, saya&suami sepakat mencuba Dumex DUGRO - natijahnya sungguh meruntun hati seorang ibu- Ameen cirit-birit - bila cirit-birit+kerap pampers basah - kulit akan merah, melecet dan pedih. Sehari berkali-kali ke tandas untuk mencucinya, setiap kali itu Ameen akan menjerit "akit ummi...." (sakit ummi). Bertukar kepada Dutch Lady 123 pun sama.

Semalam lagi sekali Ameen alahan. Kulit merah+gatal,muka bengkak2 dan kepala juga ada benjol-benjol. Tambah lagi dengan batuk dan selesema.....

Tidak tahu apa puncanya. Mungkin di taska. Bermula petang hari Selasa suami mula menyedari kulit Ameen merah2 ketika mengambilnya dari taska. Di rumah kulit Ameen semakin merah dan semakin banyak tompok-tompok gatal. Kami berhasrat membawa Ameen ke klinik esoknya, namun tengah malam Ameen mula menangis kegatalan dan muka semakin merah dan bengkak.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu, paling merisaukan saya kepala Ameen juga ada bengkak-bengkak yang banyak.

Di tengah malam itu juga suami memandu ke klinik swasta 24jam.

Hari ini saya cuti sehari, bila melihat kulit Ameen kembali merah selepas ambil dari taska petang semalam. Sedangkan paginya Ameen di hantar dalam keadaan sudah berkurangan merah-merah dan bengkak di kulit.

Ketika ini saya berkira-kira mahu tukarkan taska Ameen (belum lagi berbincang dengan encik suami...hehehe) - selepas kakak saya memberitahu jauhkan Ameen dari punca allergic. Kali pertama alahan mungkin tidak teruk tapi serangan kali ke2 atau ke3 akan lebih teruk dari yang pertama. Biasanya alahan pada kulit ini juga membabitkan tekak dan pernafasan. Kalau kulit merah-merah dan bengkak maka dalam tekak juga begitu dan ini akan menyempitkan salur pernafasan. Patutlah saya perasan Ameen lebih suka bernafas melalui mulut 2,3 hari ini.
Kakak saya adalah pemilik Farmasi Annees di Kubang Kerian Kelantan, dia nekad tukarkan Faris sekolah bila anaknya itu alahan dengan kapur. Habuk kapur menyebabkan Faris diserang asma.

tinta normi : tak sabar ummi nak tengok Ameen kembali sihat dan ceria.





Terkenang ibu-ibu yang kental dan sabar bila diuji dengan anak sakit kronik yang belum tentu akan sembuh. Hebat sungguh ujian mereka, semoga sabar mereka menjadi mahar untuk ke syurga Allah!

7 comments:

Ummi Maryam said...

Salam,

Kesian tengok Ameen, kuat allergic nya, semoga cepat sembuh amin..

Kak ct said...

Moga Ameen cepat sembuh......Memang hati sayu bila tengok anak sakit.

Normi Hj Mat Yusof said...

mie to ummu farhan

salam...
memang kesian tengok. mata yg sepet bertambah sepet..hehehe

Normi Hj Mat Yusof said...

mie to kak ct

ya, hati ibu begitulah.ayah pun sama.

Nurr_Rahmah said...

salam warahmatullah..
kesian tengok muka ameen bengkak2. semoga ameen cepat sembuh. ya Allah sembuhkanlah..

mie to nurr kasih said...

salam...nurr kasih,

dah berehat di rumah sekarang dah beransur kurang.

syukran sgt atas doa nurr ya...

dslimbeauty said...

alahai kesianya.kenapa biarkan keputusan susu biolac tu.atlease dah tinggal 1 @ 2 bungkus ,terus beli.kesian budak2.

lepas ni klu stok terputus..leh je order ngn akak.leh dapat harga semenanjung.tiap2 bulan memang akak wat penghantaran ke sabah dan sarawak berkotak2.insya allah 3,4 hari sampai le kerumah.

KAMI ^_^

KAMI ^_^