Followers

Wednesday, January 5, 2011

dan.....AKHIRNYA INILAH PILIHAN KAMI.



DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG....

2010 -

Ummi sedih bila pada saat anak2 ummi mahu bermanja, ummi keletihan yang amat sangat. Lantas….2,3 jam berbaki menjadi saat pedih….anak dimarahi, pertanyaan anak dilayan hanya separuh hati. Sedangkan hanya pada ketika ini mereka bisa bersama ummi. Esok hari berbeza yang merutinkan persamaan – TASKA & RUMAH PENGASUH.

Isteri ini sedih, bila mana malam yang sepatutnya diisi dengan pujian sedap sungguh air tangan isteri – bertukar menjadi air tangan tukang masak restoran yang perisa hambar dari kasih sayang dan zikirullah. Saat yang sebaiknya untuk berbual mesra setelah sehari tidak berjumpa, diisi dengan muka yang kelabu lantaran keletihan yang amat.

Itulah yang jeritan hati saya sepanjang 2010. Dalam banyak keadaan saya akui mungkin jiwa saya tidak sekuat ibu-ibu yang lain. Saya sangat sedih bila terpaksa meninggalkan Ameen bersama pengasuh, apa lagi Iman. Hati saya sayu bila Ameen melambai sambil memberi salam.....sungguh saya benar-benar tidak suka momen itu untuk diingati.

2011-

Lantaran itu....dalam keputusan kami bersama, saya memperlahankan langkah seketika. Dalam erti kata berhenti kerja. Alhamdulillah surat letak jawatan sudah dihantar. Sepanjang cuti sekolah dan 2,3 hati persekolahan yng baru dibuka ini saya menikmati hari-hari saya. Pujian dan syukur hak mutlak RabbulJalil.

SEGALANYA UNTUK MU YA ALLAH...semoga ia menjadi ibadah yang sempurna. Melalui tekad hamba untuk memberi yang terbaik untuk suami dan anak-anak.

Sejujurnya...

Saya memperlahankan langkah buat seketika, agar saya kembali bertenaga untuk berlari mencipta momentum baru dalam hidup. Ini kerana impian saya melangit tinggi. Azam ada....insyaAllah,insyaAllah!

RAWDHATUL ATHFAL

~KELAS AL QUR'AN~KELAS HAFAZAN~MENJUAL TUDUNG & PAKAIAN KANAK-KANAK~HOME DAYCARE

(MEMBINA GENERASI MUTTAQIN)

SUMBER FOTO : GOOGLE

TINTA NORMI : KELAS AL QURAN SUDAH HAMPIR 6 TAHUN BEROPERASI DI RUMAH SAYA, KELAS HAFAZAN AKAN MENYUSUL - syukran jazilan atas kesungguhan ukhti Siti Mariam sahabat dunia akhirat,TUDUNG DAN PAKAIAN KANAK-KANAK 2011 BAKAL GENAP SETAHUN BEROPERASI.HOME DAYCARE- saya masih mencari kekuatan untuk melaksanakannya.

Sejambak cinta buat suami.... sungguh banyak membantu isteri ini. Didoakan kebaikanmu ini menjadi mahar untuk membantumu tatkala dihisab di mahsyar nanti. Ya Allah saksikanlah kebaikan suamiku ini.

2 comments:

rosfazila said...

salam ya ukhtie
tersentuh hati saya bila baca pos ukhtie kerana ia bertepatan dgn apa yg saya lalui dan rasa cuma sy masih belum diizinNya untuk berada dirumah spenuh masa dek kerana masihmenyambung pelajaran dan akan sambung bekerja utk 6 thn akan dtg.
sy berbangga dgn terlaksananya home day care ukhtie yg juga menjadi idaman hati kecil saya. sy ucapkan selamat majujaya dan moga Allah memberkatiMu selalu:)

doakan kejayaan saya juga, sebagai ibu, isteri, pelajar dan pekerja.

Normi Hj Mat Yusof said...

salam....

ya..sama2lah kita.=)

saya pun nak belajar lg...thn ni husband hbs study....saya akan menyusul...hahaha.

KAMI ^_^

KAMI ^_^