Followers

Saturday, May 2, 2009

MATANYA BUTA, TAPI DI DADANYA ADA AL QURAN


Saya menulis tentang dia kerana saya tahu dia lebih mulia dari saya. Saya menulis tentang dia kerana saya sangat kagum dengan iltizamnya. Saya menulis tentang dia kerana ada rasa sayu dan insaf tiap kali menatap wajahnya...sekaligus menambah azam saya untuk lebih banyak ia'dah Al Quran. Saya menulis tentang dia dengan harapan ia menjadi obor semangat untuk saya dan anda, agar meletakkan REDHA ALLAH sebagai PAKSI UTAMA dalam hidup kita.....kerana sesungguhnya kita hanyalah hambaNya.

Aishah Ho, mengenalinya ketika saya berada hujung-hujung semester di Darul Quran. Dia junior saya walaupun kami sebaya. Seingat saya dia baru memeluk Islam ketika dihantar oleh Jabatan agama Islam Pulau Pinang ke DQ. Ibu bapa pun masih lagi non muslim. Membaca Al Quran dan menghafaznya menggunakan kaedah briell (tak tau ejaan yang betul macamana....hehehe).



Apa yang paling mengagumkan saya, walaupun cacat penglihatan Aishah tak pernah miss solat berjamaah di surau.....dan selalu menjadi orang pertama sampai di surau dari kami yang mata terang lagi bersuluh ni, walaupun pada waktu SUBUH!! Surau DQ berada di ground floor, bilik Aishah pula terletak di tingkat 1 paling hujung (untuk memudahkan Aishah ke bilik air). Aishah tahu berapa langkah yang perlu diatur untuk sampai ke tangga dan berapa anak tangga untuk sampai ke surau.....



Aishah juga pernah berlakon, selepas saya keluar DQ adik-adik junior ada mengirim CD hasil kerja mereka untuk syukbah Dakwah, mereka menghasilkan drama pendek sebagai tugasan tahun akhir di DQ. Ustaz Zamri Syapik lecturer kami pun ada berlakon sama.....

Kini Aishah sudah berumahtangga.....semoga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.

"Biar buta mata jangan buta hati, lebih baik mata buta dari derhaka pada Pencipta, namun kita yang dihadiahkan nikmat mata, alhamdulillah...... semoga mata hati kami tidak buta Ya Allah...."

4 comments:

kakchik said...

Masha-Allah! Kagum kakchik dengan kawan normi ni. Sesungguhnya terasa malu pada diri sendiri yang tidak sebaik dia. Benar, matanya buta tapi mata hatinya terang benderang lebih dari kita. Subhanallah! Tahniah untuk Aishah Ho!

nurizah207 said...

MashaAllah, moga Aishah Ho dan Ummu Ameen diberkati Allah hingga ke akhir hayat..barakallahu fik...

normi to kakchik said...

tu lah kakchik, org buta boleh melazimi baca al Quran, apatah lagi kita yang mata terang benderang ni.

normi to nurizah207 said...

syukran atas doa ukhti.....

KAMI ^_^

KAMI ^_^