
DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG
Petang semalam saya terkejut lagi. Terkejut bila pintu rumah diketuk kuat bertalu-talu. Allahu Rabbi...dan kejadian ini bukan kali pertama berlaku. Bukan pintu rumah saya yang diketuk sekuat itu sebenarnya, tapi jiran saya. Jiran di sebelah kiri atau kanan, rasanya itu tidak penting. Bayangkan saya yang disebelah rumah boleh terkejut, macamana dengan tuan empunya rumah? Sudahnya, si abang membuka pintu sambil marah-marah yang tidak jelas tuturnya. Marah kepada adik perempuan yang mengetuk, padahal si abang juga kerap melakukan perkara itu. Lalu, pintu dihempas kuat! Ibu....hanya diam membisu kerana itu sudah menjadi kebiasaan.
Mendidik anak supaya TIDAK MALU MEMBERI SALAM adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Sepanjang pengalaman saya mengajar sekolah (dulu) & mengajar Al Qur'an di rumah, kebanyakan anak-anak agak malu memberi salam. Biasakan memberi salam pada anak-anak wahai ayahanda, wahai bonda. Biasakan juga anak-anak memberi salam kepada kita ayahanda & bondanya, juga guru-guru mereka. Bahkan kepada semua orang!

SEGALA KEBAIKAN DATANGNYA DARI ALLAH JUA.
No comments:
Post a Comment