Alhamdulillah, nikmat bergelar ummi memang nikmat terhebat. Ia nikmat untuk disyukuri dan diinsafi. Masih ramai di luar insan-insan sudah bergelar suami/isteri belum Allah hadiahkan nikmat bergelar abi/ummi.
Saya cuma ibu biasa yang masih berada pada tahap belajar untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak. Untuk suami. Juga untuk bonda ayahanda dan saudara-mara terdekat. Kini skopnya lebih luas - mahu beri yang terbaik untuk semua protege saya yang mengikuti "KELAS ASAS BLOG-GURU ONLINE NORMI M.YUSOF" ^_^
Baru-baru ini, saya kongsikan masih tercari-cari kaedah untuk membuatkan anakanda kedua saya Iman Nurul'atifah mudah belajar mengenal bacaan Al Qur'an. Bukan masalah sukar disuruh atau Iman malas. Jujurnya Iman super rajin - cuma dia akan merajuk dan menangis bila Iqra yang dibacanya saya tidak cakap boleh pindah. Bila saya katakan, "Kak Ngah, yang ni kena ulang lagi esok ya." Dia akan menangis dan merajuk.Seronok dan bangga sekali dengan kata-kata "Kak Ngah dah Iqra 4. Hari-hari pindah." Walaupun saya amat risau dengan panjang pendek bacaanya.
Saya tahu dia mahu lancar membaca Al Qur'an macam Abelongnya. Cepat pindah ke Al Qur'an.
Akhirnya, saya memulakan belajar Al Qur'an Iman dengan kaedah Al Furqan. Teruja dengan buku Al Furqan yang pelbagai warna - Iman tersenyum seronok. Saya mula dengan kata-kata, "Kak Ngah, kita belajar buku 2 ya. Warna pink."
Alhamdulillah, fasih dan lancar. Saya menggunakan kaedah baca banyak kali untuk mukasurat yang sama.
Begitulah anak-anak. Mereka suci murni. Makanya, corakkanlah dengan warna terbaik ayah bonda sekalian.
Dua tips ringkas saya mahu kongsikan supaya anak suka belajar Al Qur'an :
1) Cipta suasana Al Qur'an di rumah. Ini perkara asas yang mesti dilakukan jika kita mahu anak-anak belajar Al Qur'an tanpa dipaksa. Saya bersyukur, saya dan suami mula membuka kelas Al Qur'an di rumah sejak awal perkahwinan. Sebelum ada anak lagi. Ketika itu belum tahu lagi kaedah didik anak sejak dalam kandungan. Tidaklah perlu membuka kelas Al Qur'an seperti saya, cuma cipta suasana mesra Al Qur'an bermakna kita sebagai ibu dan ayah memang mencintai Al Qur'an sepenuh hati dan melazimi membacanya. Ambil satu waktu yang seluruh isi rumah menumpukan pada bacaan Al Qur'an.
2) Hadiahkan anak-anak Al Qur'an / Iqra. Kaedah kami dapat secara tidak sengaja. Memang niat di hati mahu belikan Abelong Iqra - ketika itu dia masih membaca Iqra. Saya cuma katakan ummi,abi hadiah untuk Abelong. Betapa terujanya anak yang sulung ini. Ketika membeli Al Furqan juga begitu, saya katakan ini Al Furqan Kak Ngah. Ummi belikan. Sungguh anak teruja mahu belajar.
Saya kongsikan kata-kata Puan Lina Karim, mama Darwish dan Darwisya.Beliau menghantar emel kepada saya. Boleh ke blog beliau : http://darwishndarwisya.blogspot.com/
Kesimpulannya, jika mahu melihat keajaiban otak kanak-kanak, ajarlah mereka menghafal al Quran! Dan jangan takut.. tidak semestinya mereka belajar al Quran mereka akan tertinggal pelajaran lain jika kita mengajarnya sama.
Contohnya Darwish, mampu menyelesaikan workbook Matematik dan Bahasa Inggeris untuk umur 5-7 tahun pada umurnya 4 tahun!
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Riwayat at-Tirmidzi
Mengenai Produk |
Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.
|
Keistimewaan Produk |
|
Penulis / Penyusun Buku |
Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, yang berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada UM merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih daripada 50 tajuk buku pendidikan Islam untuk rujukan sekolah. Sekarang masih mengajar di sekolah YIK dan menjadi Imam merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Al-Amin, Kota Bharu.
|
>>Mahu bersama kami di belajar asas blog untuk bisnes dan perkongsian oleh klik sini : http://normiyusof.blogspot.com/2013/10/kelas-asas-blog-akademi-bekerja-di-rumah.html
>>Mahu beli produk Al Furqan yang saya kongsikan tadi boleh pm fb saya / whatsapp/sms saya : 019 53 94 216
>>Mahu memborong pelbagai jenis telekung boleh ke blog saya :http://alhuffazjualborong.blogspot.com/
Email : normiyusof@rocketmail.com
Sms/whats app : 019-53-94-216
Facebook : Mie Normi ( https://www.facebook.com/messages/mie.normi )
No comments:
Post a Comment