Followers

Tuesday, January 12, 2010

MENANG...ALHAMDULILLAH

.
Saya begitu tegar menyertai contest ketika menunggu saat kelahiran Iman baru-baru ni. Tapi, banyak-banyak contest, tak menang pun... contest anjuran Puan Masayu saya tak menang jugak, tapi saya yang bersemangat hantar gambar untuk Kak Mas..

TAPI.....hari ni saya happy yang amat, SAYA MENANG JUGA AKHIRNYA....syahdu sungguh rasanya.... contest by IBU HADIF = ALWIZ B3 MY BABY.

Memang saya suka menulis, dan ketika menulis untuk contest ni saya menulis dari hati apa yang saya rasa.....selama 3 tahun menanti saat dipanggil ummi. Bersyukur pada Allah kerana penantian saya tidak selama penantian orang lain, tapi saya juga bersyukur kerana ujian Allah itu membuatkan saya faham perasaan orang-orang yang diuji begini.

Saya menyertai contest melalui blog duniaal-ameen :

CERITA UMMI & ABI = ANUGERAH TERINDAH :

AMEEN SAAT DILAHIRKAN
"Malam itu air mata saya tumpah lagi dalam sujud terakhir solat. Ada rasa sebak yang amat menekan tatkala membaca doa Nabi Zakariya AS dari ayat 38 surah Ali-Imran.

"DAN ZAKARIYA KETIKA DIA MENYERU TUHANNYA, YA TUHANKU ANUGERAHKANLAH KEPADAKU DARI SISIMU ZURIAT YANG TERBAIK. SESUNGGUHNYA DIKAU MAHA MENDENGAR DOA."

3 tahun menanti untuk merasai nikmat mengandung dan memiliki zuriat, bukan penantian biasa-biasa. Ia penantian penuh emosi, duka dan air mata. Jika tidak kerana kekuatan suami, mungkin saya akan kecundang dalam kemurungan dan hanyut melayan lautan air mata.

Saya pernah rasa malu untuk pulang ke kampung, bimbang pertanyaan tentang anak. Nenek saya selalu bertanya, "Belum 'berputik' (mengandung) lagi ke?". Paling menusuk hati bila ada seorang saudara menuturkan..... "Kalau tak dapat anak macam mana?"

Itu cerita duka.

  • Ikhtiar usah cerita, saya berjumpa pakar sakit puan, makan pil subur, berurut - pernah tukang urut ambil kesempatan mengenakan bayaran lebih mahal untuk saya, sedangkan bayaran sebenarnuntuk upah urutannya tidak semahal itu. Saya juga mengamal herba HPA untuk kesuburan.

Paling penting, bibir saya sentiasa basah dengan doa Nabi Zakariya di atas. Dalam sujud, di luar solat doa itu sentiasa saya amalkan. Itu kekuatan saya. ANUGERAH TERMAHAL ALLAH BUAT HAMBANYA.

Namun, semua sengsara itu hilang bila mana saya disahkan mengandung. Rasa hilang semua luka, kering segala air mata.
Ok,
NO 423,TAMAN PASIR PUTIH,LORONG PERSIARAN PASIR PUTIH,FASA 2,88200 PUTATAN,SABAH
Bila anak menendang seolah minta disayangi, saya dan suami gembira tak terkata.

  • KEMUNCAK KEGEMBIRAAN ANUGERAH TERINDAH..... bila MUHAMMAD AL-AMEEN lahir ke dunia. Tiada air mata yang gugur, cuma segaris senyuman yang telah lama saya simpan sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga atas ANUGERAH TERINDAH DARI ALLAH.
Bila berdua dengan Muhammad Al Ameen di wad, saya bisikkan padanya, "Kenapa Ameen datang lambat sangat? Lama ummi tunggu..... tapi, tak pe lambat pun, sebab anak ummi hensem......kikiki."

  • HARAPAN BUATMU ANAKANDA : Sampai sekarang saya tidak pernah berhenti berdoa agar MUHAMMAD AL-AMEEN mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW sesuai dengan nama pilihan abi dan ummi, juga Ameen disayangi dan disanjungi penduduk langit dan bumi kerana kesolehan dan ketaatan pada Allah serta Ameen dianugerahkan kebijaksanaan yang menjadi kebanggaan Islam dan umatnya."
INI CERITA SAYA, BAGAIMANA CERITA ANDA?



p/s : nama MUHAMMAD AL-AMEEN sudah lama saya pilih, masa time belajar di DQ lagi. suami pun suka. sebab tu hari pertama lahir dah panggil Ameen.

ANAK MEMANG ANUGERAH TERINDAH

14 comments:

ummumishkah said...

Tahniah!
Memang cahaya mata anugerah terindah..

.... said...

Alhamdulillah..rezeki Allah dah sampai, dan memang ameen anak yang sungguh baik, berdisiplin dan mengikut kata. insyallah doa ibu ameen akan termakbul. ehe...tapi tadi ni nak tidur ameen cari uminya.

kakchik said...

Assalamualaikum Normi. Berderai air mata membacanya. Tahniah kerana Normi kini seorang Ibu. Taraf yang belum dapat kakchik kecapi. Semoga anugerah mendapat zuriat dan anugerah menjadi ibu akan berjaya Normi pikul hingga ke Syurga.

kak zana said...

Tahniah..memang setiap anak pasti ada rezkinya. semoga adik Normi tabah menjadi ummi selamanya.. sama-samalah kita menjadi ummi yang berjaya okeh

MRS. K said...

Tahniah!!

boleh kasi alamat secepat mungkin!
boleh post hadiah..

Masayu Ahmad said...

tahniah normi atas kelahiran ini

belum rezeki normi lagi, jangan serik untuk cuba lagi ye,

Masayu Ahmad said...

menitik air mata kak mas baca catatan ikhlas normi ini, syukur alhamdulillah semua sudah selamat

normi said...

to ummu mishkah....syukran jazilan ukhti.smg kita bahagia hingga ke syurga.

normi said...

TO .....
harapnya jd anak soleh akak. terima kasih sudi bantu jagakan ameen.

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

to kak chik,
waalaikumussalam.terima kasih.jangan berhenti berdoa dan berharap ya kak chik.saya pun akan doakan insyaallah.

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

to kak zana...

terima kasih kak zana.

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

to masayu - kak mas
terima kasih juga utk akak. sy semangat nak join contest terbaru akak, cuma tak sempt je.

握壽司Stanley said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Anonymous said...

sedey bace cite k normie..moga jd peransang utk diri ini agar lebih sabar mhadapi ujian hidup...

KAMI ^_^

KAMI ^_^