Followers

Thursday, August 13, 2009

ASRI RABBANI : SAYA MEMBESAR DENGAN NASYIDNYA

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

Kata-kata di atas saya petik dari blog Asri Rabbani. Semacam ada rasa kehilangan menekan sukma tatkala suami saya mengirim SMS tentang pemergian Usataz Asri Rabbani.

Saya membesar dengan lagu-lagu nasyidnya. Seawal beliau aktif dengan Nadamurni saya sudah mengenalinya melalui Kak Long saya yang ketika itu belajar di UIA.

Ada kenangan alam kanak-kanak yang selalu membuat saya tersenyum, dulu ketika saya dalam darjah 5 saya selepas pulang dari sekolah saya selalu memasang kaset nasyid Nadamurni sekuat-kuatnya, tutup pintu bilik dan menyanyi ikut rentak sambil memegang botol bedak sebagai mikrofon....menyanyi penuh perasaan bagai nak pecah anak tekak sambil memandang cermin.....

Sampai ke hari ini saya masih ingat liriknya ..."MALAMNYA BAGAI RAHIB MERINTIH SAYU, DIHIRIS DOSA AIRMATA.....SIANGNYA BAGAIKAN SINGA DI RIMBA MEMERAH KERINGAT MELUAH TENAGA......"
Bila berkahwin saya dan suami berkongsi minat yang sama....setiap lagu yang saya tahu, pasti dai pun tahu. Setiap lagu kenangan zaman sekolah saya, itulah juga lagu kenangn zaman sekolah suami saya. Sesungguhnya nasyid Ustaz Asri benar-benar menyatukan kami.

Doaku pada Mu Ya Allah...Semoga rohnya dinanti oleh para malaikat dengan seribu wangian syurga, amalnya diterima, dosanya diampunkan.

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

5 comments:

UMMUAFIQ said...

Moga rohnya bersama-sama golongan yang beriman...
Menitis airmata, ramai yang menangisi pemergiannya..
Tiada lagi suara Ust Asri...

mummyseri said...

Salam mie..akak pon trkjut nmpknya Allah lebih menyayangiNYA...akak pon mase sek rendah lagi da kenal..menusuk ke kalbu bile dgr alunan ayat2 suci al-quran yg beliau alunkan... bersamalah kite doakan smoga allahyarham ditempatkan bersma-sama org2 yg beriman dan bahagia di sana..

ummumishkah said...

saya pun membesar dgn nasyidnya.. first time ke konsertnya masa form 2.. dan memang terasa kehilangannya sgt2 sbb kalau berjumpa dengannya memang tak lokek dgn senyuman dan mesti dipegang anak-anak kami...

Jasmin said...

Saya juga membesar dgn lagu-lagu arwah.. saya mengenali arwah memalui kakak saya yang mengajar di TADIKA ABIM. ingat lagi masa tuh saya suka sgt ngan lagu MUNAJAT dan NUN DISANA. hingga hari ini saya masih mendengar dan menjiwainya.. sesungguhnya bait kata2 pada setiap lagunya.. sgt terkesan dihati dan memberi makna yang sangat besar untuk menginsafi diri.
al-fatihah buat ust. asri.

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

to ummuafiq,mummyseri,ummumishkah,jasmin....
ya, ramai dari kita cukup tersentuh dgn sentuhan suaranya.kita yang jauh pun turut merasai kehilangannya,apatah lagi isteri dan anak-anaknya.sesungguhnya,rezeki Allah untuk dia hidup di dunia sekadar 40 tahun....semoga ia cukup untuk melayakkan ustaz asri menempah tiket ke syurga Allah.ameen ya Allah.

KAMI ^_^

KAMI ^_^