Followers

Wednesday, April 29, 2009

SUAMI OUTSTATION,RUMAH BERBUNYI BAK LEBAH = SANGAT MENCABAR

Sekarang suami saya out station dari hari Isnin hingga Khamis. Memang kerjanya di Pejabat Mufti Negeri Sabah memerlukan dia selalu kerja luar daerah. Sejujurnya saya tak kisah suami out station, tapi....saat mencabar bagi saya ialah ketika kelas al-Quran. Emm...sekarang murid kami sudah mencecah 40 orang lebih. Selepas dibahagi jadual, sehari lebih kurang 30 orang. Bayangkan, saya mengajar seorang diri setiap orang murid....memang menguji tahap iman.


senaman apa tah ameen buat tu....


kusyuk ustaz mengajar...



empat beradik..(si kecil tu hiasan semata-mata...)


Kelas kami bermula dari waktu maghrib - selepas solat (di Sabah sekarang lebih kurang 6.30pm) hingga pukul 8, kadang-kadang menjangkau 8 lebih, kalau saya seorang kadang-kadang hampir 8.30pm. Itulah rutin kami setiap hari. Penat...memang. Baru balik kerja murid dah memberi salam. Tapi, bila memikirkan inilah salah satu ruang dan peluang kami untuk berkhidmat pada Islam, semangat mesti kuat.

Jauh di sudut hati, saya sangat sayangkan kelas al Quran ini. Kami hafiz dan hafizah jadi mengajar al Quran ini sedikit sebanyak meberikan kami rutin yang tetap untuk berdamping dengan al Quran.

Kata kawan suami saya, di waktu maghrib, rumah kami berbunyi bak lebah. Alhamdulillah, itulah suara anak-anak yang masih suci dari dosa mengalunkan ayat-ayat Allah. Atau setidak-tidaknya, suara anak-anak yang sedang belajar untuk fasih membaca kalam Tuhan.

Dari hati yang paling dalam saya berdoa, agar suara anak-anak itu sampai ke langit, dipuji sekalian malaikat, dinaungi rahmat Allah, rumah kami terang bersinar dengan nur al Quran dan itulah menjadi mahar termahal kami di hadapan Allah nanti.

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^