10 CIRI-CIRI BLOG BERPENGARUH
Sumber Artikel : Ebook belajar asas blog
Foto : Google & Koleksi Akademi Bekerja Di Rumah 
Khas untuk mereka yang memiliki blog, sedikit tip dan cara membina blog berpengaruh yang disukai pembaca. 
10 CIRI-CIRI BLOG BERPENGARUH
 1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca 
adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat 
member pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jangan
 sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik 
adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar.
  Blog yang tidak 
terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. 
Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang 
tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses 
‘loading’ dan menganggu pembaca.
 2. Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri 
baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi 
pembaca tegar. Beri info dan fakta baru. Pada masa yang sama ia 
menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.
 3. Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang
 menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah 
pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan
 mencari jensi resipi yang dimahukan. Manakala tips-tips mudah didapur 
menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari. Begitu
 juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi 
menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.
 4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala 
kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar 
adalah kisah teladan realistic. Mungkin ada orang mengalami masalah yang
 sama, apabila membaca satu-satu kasha, ia dapat mengubah pandangan dan 
member pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi 
pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan 
menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.
 5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar,
 berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi. Ini tidak dicapai 
dalam satu hari. Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya
 sebagai satu ketagihan kepada pembaca.
 6. Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi
 rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh 
setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.
 7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
Blog berinformasi, jujur
 dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan
 syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.
 8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga.
Sangat berbeza blog yang
 kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi. Jagalah penulisan, 
gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi 
dan satu tarikan kepada pembaca.
 9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah 
dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual 
sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online 
terhebat. Entri boleh diselit dengan promosi produk. Gaya bersahaja 
semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh 
untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada 
pembeli pula.
 10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari 
pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan 
sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar 
sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca jangan 
dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap 
hari
>> Banyak lagi tip yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas blog ini
Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah
Puan Masayu Ahmad 
Samada kalian surirumah sepenuh masa atau separuh masa, tiada masalahnya. Persoalan terpenting apakah mahu jana pendapatan hanya dari rumah, tanpa perlu keluar. 
☆★Kami sudah. Kalian tentu juga boleh lakukan.
☆★Tidak perlu keluar dari rumah.
☆★Semuanya di hujung jari.
☆★Kutip komisen setiap hari.
☆★Ada minat dan kesungguhan, inshaallah, Allah pasti membantu.
Pilih sahaja mana-mana kelas berikut.
1. ♥♡Kelas asas blog dan penulisan
2. ♥♡kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
3. ♥♡kelas belajar iklan mudah.my
4. ♥♡Kelas penulisan kreatif-daftar
5.♥♡Kelas urus akaun bisnes kecil/ wahm, sahm, soho
6. ♥♡Pendaftaran rakan niaga/pengurus online akademi
7. ♥♡Tempahan blog bisnes/ blog penulisan
1. ♥♡Kelas asas blog dan penulisan
2. ♥♡kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
3. ♥♡kelas belajar iklan mudah.my
4. ♥♡Kelas penulisan kreatif-daftar
5.♥♡Kelas urus akaun bisnes kecil/ wahm, sahm, soho
6. ♥♡Pendaftaran rakan niaga/pengurus online akademi
7. ♥♡Tempahan blog bisnes/ blog penulisan
 Hubungi saya : 
✉ Email : normiyusof@rocketmail.com
✉ FB : Mie Normi
☎ Sms@Whatsapp : 019-53-94-216
✉ FB : Mie Normi
☎ Sms@Whatsapp : 019-53-94-216
 



 
 
No comments:
Post a Comment