Followers

Friday, August 7, 2009

TAKUT......

klik gambar untuk berita penuh

Semalam saya mendapat sms dari kakak saya di Kuala Terengganu, sekolahnya ditutup seminggu kerana 4 pelajar dijangkiti H1N1. Di akhir sms kakak saya menulis "takut weh....."(baca versi Kelate).

Saya pun terlibat sama dengan rasa takut ini, Ameen demam dan muntah-muntah hati saya gundah,tambahan pula sekolah saya memang ditutup kerana virus ini, saya dan suami ke klinik kerajaan berdekatan. MasyaAllah hampir jam 5 petang klinik tersebut masih penuh dengan manusia...... seperti dua gambar yang saya lampirkan.

Bersms dengan sahabat saya di Selangor pun ada rasa takut yang terluah dengan fenomena ini....

Berteduh di bawah kasih ar Rahman

Ya..... begitulah kita si hamba kecil kerdil yang berteduh di bawah kasih Ar Rahman.... sekali Allah datangkan tenteranya dalam bentuk penyakit berjangkit ini, kita selalu rasa takut. Tambahan pula angka kematian akibat virus H1N1 ini semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Begitu juga tatkala tsunami melanda dulu..... seluruh alam bagai panik dengan impaknya.

Apapun ketakutan, kita tidak dapat tidak hanya perlu berpegang pada kasih dan perlindungan Nya. Selepas segala langkah pencegahan kita ambil, meminimumkan berada di tempat sesak, dan yang terkini langkah terbaru yang disarankan :

Langkah terbaru tangani H1N1 (berita penuh di beritaharian)



ORANG ramai menunggu giliran pemeriksaan wabak H1N1 di Hospital Sungai Buloh, semalam.

Hospital/klinik

Lakukan ujian lengkap ke atas golongan berisiko seperti pesakit asma dan wanita hamil.

22 hospital swasta dijadikan pusat saringan awal dengan dibekalkan antiviral Tamiflu.

Semua klinik kesihatan yang mempunyai pegawai perubatan, dibekalkan dengan Tamiflu.

Klinik swasta dibenarkan membeli Tamiflu daripada farmasi.

Sekolah

Semua sekolah diarah memeriksa suhu badan murid setiap pagi.

Mengasingkan dan membawa murid yang demam melebihi 38 darjah Celsius ke klinik.

Kembali memuhasabah diri

Ada baiknya kita melazimi solat sunat taubat, hari ini segala macam kemurkaan Allah berleluasa di negara kita buang anak kesnya hampir saban hari di akhbar, bukankan itu berpunca dari zina? Arak dan judi usah cerita.

Mungkinkan ini peringatan dari Allah? Tanya iman......


tinta normi : terbit rasa kasihan pada kakitangan klinik dan hospital yang terpaksa bekerja lebih masa saat ini, mereka pun ada anak, suami dan isteri....apapun segalanya pasti ada ganjarannya di sisi Allah.

1 comment:

kuIna said...

tuhan menghukum umatnya yang alpa!

KAMI ^_^

KAMI ^_^