Followers

Friday, September 4, 2009

TAK SOPAN KE? YA!! MEMANG TAK SOPAN...



Saya suka membaca buku tentang PENDIDIKAN ANAK-ANAK. Buku paling saya suka BUNGA-BUNGA BAHAGIA tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Buku ini berkaitan hal-hal rumahtangga ada selitan tentang ADAB-ADAB YANG PERLU DITEKANKAN KEPADA ANAK.

Antara perkara utama yang digariskan :

  • AJAR ANAK SUPAYA DIA TAHU MELUDAH DI TEMPAT AWAM ADALAH PERBUATAN YANG AMAT TIDAK SOPAN.

  • Begitu juga SENDAWA DENGAN KUAT ketika bersama orang lain.

Di bulan Ramadhan ini kita sering melihat orang-orang yang meludah sesuka hati ini...... sejujurnya saya amat tidak suka melihat orang meludah merata-rata, di longkang, tepi beranda, kaki lima.....tolonglah....
dari lelaki, perempuan sama sahaja....

Begitu juga sendawa dengan kuat, boleh dimaafkan andai tidak sengaja...tapi kalau balik-balik sendawa.....alahai, rasa loya dan mual mula bertandang.

Marilah kita mendidik diri supaya menghormati sentiviti orang lain, dan mendidik anak supaya dia tahu MELUDAH DAN SENDAWA DI TEMPAT AWAM ADALAH SANGAT TIDAK SOPAN.

Semoga ada manfaatnya......


kucing ini tidak bersalah dalam hal ini




No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^