Followers

Friday, November 20, 2009

ALLAH IS ENOUGH FOR ME


Ada sesuatu yang kurang, itu yang dirasakan saat ini. Sejak sebulan yang lalu semacam ada yang tidak kena dalam diri.....ada kekosongan di suatu tempat. Saya boleh ketawa, saya juga boleh berbual mesra,bergurau senda dengan suami, anak dan sahabat. Tapi, di suatu tempat ada semacam kepincangan. Kenapa ya? Saya tercari-cari jawapan.

SAYA TIDAK DISAYANGI? Tidak...saya tahu saya dikelilingi oleh orang-orang yang sangat baik, suami yang memahami dan penyabar juga bertimbang rasa. Anak yang sentiasa menghiburkan. Sahabat yang periang dan suka ketawa.

Namun, cukupkah.....senyum dan ketawa itu tanda BAHAGIA?

ADAKAH SAYA TIDAK BAHAGIA? Tidak....namun ada "ruang kosong" di satu tempat....

Sejujurnya, saya tidak mampu menulis akhir-akhir ini. Menulis dari hati, yang saya harapkan sampai ke hati orang yang membacanya. Supaya blog tidak bersawang, saya sekadar masuk contest, atau "copy" dari blog orang lain. Saya mencari-cari jawapan....

Akhirnya, satu konklusi bermain-main di minda saya.....ADAKAH SAYA MAKIN JAUH DARI AR-RAHMAN? Jauh dalam erti kata saya sendiri yang menjauhi lantaran kealpaan dan kelalaian saya. Allah tetap Maha Dekat dan Maha Pengasih kepada hambaNya....namun si hamba itu sendiri sering benar membuat "onar" dengan melazimi dosa hingga kita makin jauh dengan Ar Rahman.

Mari bersama kita muhasabah diri, andai di satu ketika di celah-celah gelak ketawa dan seyum ria ada ruang yang kita rasakan kosong. Juga selalu dihambat KETIDAKTENANGAN.....


gejala-gejalanya :

  • solat yang tiada roh....nak cepat jer. tak mampu hayati bacaan. fikiran entah di mana.
  • tidak kisah terlewat solat atau melewat-lewatkan solat.
  • sanggup menangguhkan solat demi TV - rancangan kegemaran.
  • tiada rasa bersalah walau tidak menatap dan membaca walau sebaris ayat Al-Quran.
  • rasa berat membaca Al-Quran....tidak terasa manisnya.
  • SELALU TERTIDUR HINGGA TERBABAS SOLAT, TERUTAMANYA SOLAT SUBUH. (Saya pernah dinasihatkan oleh seorang ustaz, tanda kita berat dengan bebanan dosa ialah bilamana kita tidak mampu untuk bangun malam bersolat sunat. Tubuh menjadi berat dan malas. Bila tidak mampu untuk solat malam, terbabas pula subuh apa maknanya tu....... di mana duduk nilainya kita di sisiNya?)
  • tidak mampu untuk taat pada orang yang sepatutnya kita taat (eg: suami, parents, guru) -asyik nak lawan, ada sahaja yang tak kena. Tak boleh taat pada manusia yang Allah suruh kita taat, jadi bagaimana pula ketaatan kita pada Allah?
  • mata suka dan tidak rasa bersalah memandang perkara yang Allah murkai. aurat wanita, lelaki, dsb.
  • lidah suka berbicara keaiban manusia tanpa rasa bersalah dan berdosa....
Mungkin inilah punca HILANGNYA TENANG MANUSIA. Melazimi dosa-dosa hingga hilang nikmat dan manisnya RASA KEHAMBAAN kita pada Allah.

tinta normi : YA ALLAH, rasanya saya perlu muhasabah diri.....mungkin ada perkara di atas yang saya lakukan tanpa rasa berdosa hingga Allah datangkan rasa "KOSONG" ini......"YA ALLAH, ANUGERAHKAN KAMI MANISNYA NIKMAT BERIBADAH KEPADAMU.."

jadi.....WHO LOVES YOU? jawapannya ALLAH....NEVER ENDING LOVE.

HAMBANYA DERHAKA....DIA TETAP KASIH
HAMBANYA LUPA ......DIA TETAP CINTA
HAMBANYA TIDAK BERSYUKUR .....DIA TETAP MENGHULUR NIKMAT
HAMBANYA KUFUR.... DIA TETAP MEMBERI


2 comments:

Ros Illiyyuun said...

Salam..
Saya setuju dengan entri ini...melazimi diri dengan dosa akan menjauhkan diri kita dari Allah. So kena sentiasa muhasabah..begitu juga dengan niat hati kita untuk blogging perlu dipasak kukuh di hati...Bagi saya, kurang entri tidak mengapa asalkan ada manfaatnya, daripada banyak entri tapi kosong daripada bimbingan ruhani..sekadar itu dari saya..mg ada manfaat :).

Noraslina binti Jusin said...

Salam, Normi.

Terima kasih juga atas ingatan. Lumrah manusia, lupa dan selalu alpa. Kerana itu pentingnya teman dan sahabat yang memberi teguran dan nasihat.

Semoga kita terus menulis untuk peringatan bersama.

Salam ukhuwwah :)

KAMI ^_^

KAMI ^_^