Followers

Saturday, November 21, 2009

JANGAN BERHENTI BERDOA DAN BERHARAP = AYAH

"JANGAN BERHENTI BERHARAP DAN BERDOA....." itu yang saya belajar melalui ayah. Dulu, ketika di DQ saya selalu menukilkan....HIDUPLAH DENGAN HARAPAN, DAN HIDUPKAN HARAPAN ITU DENGAN DOA.

Ketika ini mungkin ayah dalam kesyukuran yang tidak terhingga kerana rindunya pada Tanah Haram MAKKAH MUKARRAMAH terlerai jua. Alhamdulillah, tercapai sudah impian ayah. Seakan ada rasa sayu tatkala ma mengkhabarkan hajat ayah untuk ke Makkah lagi terlaksana.

Bukan kali pertama ayah ke Tanah Haram, bahkan ini sudah kali ke4. Dua kali yang pertama hadiah kerana ayah Johan Qori Tilawah alQuran dalam tentera, ketika itu saya masih kecil. Kali ke 3 ayah ke sana bersama ma, selepas pernikahan saya. Ini kali yang ke4, ayah pergi bersama sahabatnya. Namun ghairahnya dan rasa seronoknya seolah-olah ini kali yang pertama ayah akan melihat Baitullah.

doa ayah ketika mentahnikkan Muhammad Al-Ameen

SETAHUN YANG LALU......

Raya Haji 1429 tahun lepas, giliran saya beraya di Kelantan Tanah Serendah Sekebun Bunga. Saya pulang 2 minggu sebelum hari raya. Ketika itu saya melihat sendiri betapa rindunya ayah pada Baitullah...dan seingat saya ayah selalu menyuruh saya mendoakannya dapat ke sana lagi. namun ketika itu, nama ayah tidak tersenarai dalam kalangan bakal haji tahun 2008. Ayah sedih, kami semua tahu.....namun, dalam nekad ayah berusaha juga pergi dengan pakej swasta. Semuanya sudah tersedia...ayah cuma menunggu panggilan dari syarikat swasta tersebut.

Ayah sabar menanti...ayah sabar berharap....ayah sabar berdoa.....saya melihat sendiri tadahan tangan ayah memohon pada Pemilik Baitullah agar ayah dapat ke sana. Hingga seminggu sebelum 10 Zulhijjah, pihak syarikat belum mampu memberi kata putus. Kata mereka kouta Malaysia penuh, ayah terpaksa pergi melalui Singapura......AYAH SANGGUP!!! KAMI ADIK BERADIK TIDAK MAMPU MEMBUAT APA-APA, WALAUPUN KAMI BIMBANG AYAH DITIPU OLEH SYARIKAT TERSEBUT. Dalam nekad ayah, ayah sanggup jika perlu menaiki bas ke Singapura dan ke Tanah Haram melalui penerbangan di sana.

HINGGALAH....


ALLAH belum menjemput ayah ke Tanah Haram pada tahun 2008 itu. Musim tengkujuh di Pantai Timur. Tanah runtuh dan jambatan dihanyut air. Itulah ketentuan Allah yang menyekat harapan ayah. 2 hari sebelum hari raya.....selepas saya melihat ayah berteleku di sejadah solatnya dan di situ saya melihat tadahan tangan seorang hamba Allah yang cukup kerdil memohon petunjuk agar mampu membuat keputusan yang terbaik. Akhirnya, ayah membuat keputusan, dia redha dan terima belum ada rezeki untuk dia ke Makkah pada tahun itu.

TAHUN INI.....

Saya tahu, hajat ayah tidak pernah padam. Saya tahu, ayah takkan berhenti berharap, apatah lagi berhenti berdoa. Namun, hingga 2minggu sebelum 10 ZULHIJJAH 1430 ini tiada nama ayah dalam senarai. Namun, ayah tidak putus asa menghantar surat rayuan pada Tabung Haji, bukan sekali tapi 2 kali.

ALHAMDULILLAH.... Hari Khamis, ada berita gembira buat ayah....nama ayah tersenarai dalam kalangan untuk penerbangan akhir. Ayah ada seminggu untuk bersiap. 20 NOVEMBER 2009 ayah berlepas dengan iringan doa anak dan isteri serta cucu2 ayah.

Saya jauh di Sabah, adik saya Hidayah berhempas pulas dengan SPM, Zaid di Maahad Tahfiz Kubang Bujuk tidak dapat pelepasan cuti, kakak Hafizah dan adik saya Halim juga tidak berkesempatan menghantar ayah. Tapi, 6 lagi anak ayah ceria menghantar ayah ke Taman Ibadah Makkah Al Mukarramah.

Dari jauh saya hanya mampu berbual seketika dengan ayah....agar ayah mendoakan kemudahan urusan hidup untuk saya dan keluarga, agar ayah juga sampaikan salam saya rindu saya untuk Rasulullah.....


tinta normi : SELAMAT BERIBADAH AYAHANDA KESAYANGAN....SEMOGA NAMA AYAH MENJADI SEBUTAN DI LANGIT KERANA MERINDUI TANAH KELAHIRAN NABI. HARAPNYA AYAH DIHADIAHKAN HAJI YANG MABRUR. TERIMA KASIH AYAH KERANA MELORONGKAN MIE UNTUK MENJADI HAMLATUL QURAN, SEMOGA MIE BOLEH PAKAIKAN AYAH DAN MA MAHKOTA KEBANGGAAN DI AKHIRAT NANTI.

BERDOALAH
KERANA ITU TANDA HARAP KITA PADA ALLAH
BERDOALAH
KERANA IU TANDA KITA BENAR-BENAR BERSERAH PADA ALLAH
BERDOALAH
KERANA TIADA NILAINYA KITA JIKA TIDAK KERANA RAHMANNYA ALLAH
DAN BERDOALAH
KERANA RINDU KITA PADA NYA
INGATLAH ALLAH DI WAKTU SENANG,
SEMOGA ALLAH INGAT KITA DI WAKTU SUSAH.

1 comment:

ummu said...

Salam taaruf
terharunya baca entry ni..
ayah saya tak dapat pergi walaupun dah buat rayuan.
Atas alasan kesihatan dan sering masuk air,jadi ayah tak dibenarkan pergi...

KAMI ^_^

KAMI ^_^