Followers

Tuesday, March 9, 2010

5 BINTANG UNTUK TV1

Dengan asma Allah yang Maha Agung.




Boleh dikatakan tv1 amat jarang kami tonton....sekali sekala andai ada rakaman Majlis Menghafaz Al Quran, atau jika nak tengok pembaca beritanya yang berlesung pipit+bertudung tu..(tak gitu abang? heh heh)

Tapi, sekarang ada rancangan yang sangat bagus untuk anak-anak dan mak bapak anak-anak. Rancangan ADIK-ADIKKU. Walaupun saya pernah menonton rancangan hampir sama versi Indonesia, tapi rancangan versi kita sendiri ini lebih menyentuh hati.



Bersiaran jam 6.30pm ISNIN HINGGA JUMAAT - ulangan 9.30am ISNIN HINGGA JUMAAT. Sekarang sudah masuk hari-hari terakhir. 18 MAC nanti adalah PERTANDINGAN AKHIR.

Info lanjut jengah saja di sini. Sedikit info yang saya copy:

Rancangan Realiti TV Adik-Adikku merupakan sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

tinta normi : suami saya menonton penuh perasaan....dia ternanti-nanti kemunculan Qayyim Nizar (gambar bawah) - turut sama menitis air mata bila ada da'ie kecil yang dilepaskan (tersingkir)...kih kih kih.

6 comments:

kakchik said...

salam normi. menariknya rancangan ni tapi sayangnya kakchik tak sempat nak menonton tv dah sekarang. anak-anak sedara 6.30 petang tu masa mandi, lepas tu siap nak maghrib. kalau waktu ulangan tu diorang dah kena masuk tidur sebab esoknya nak ke tadika. orang dewasa jarang tengok tv kat rumah kakchik.

mie to kak chik said...

salam.
saya pun terkejar-kejar kak chik, 6.30ptg dah maghhrib di sini,budak2 mengaji di rumah pun dah dtg. 9.30 pg waktu budak2 sekolah...may be cuti sekolah ni boleh kak chik suruh dorang tengok....

sebenarnya qayyim nizar tu cacat penglihatan tp suara dia masyaallah sedap sungguh.

Ct said...

Akak lagi sedih...TV3 je ada....
Gambar abang kat Shenzen pun semua hilang gara2.......tut....Bila la agaknya iffah dan sakiinah boleh simpan baju dlm bilik...hu...hu....

ummufarhan said...

salam,

Terima kasih di atas perkongsian ini. Nampaknya saya tertinggal ketapi..huhu..insyaAllah petang ni saya nak tengok dengan dua anak saya yang suka kanak-kanak tu..:)

mie to ct said...

akak, jangan sedih-sedih.....kita cari manfaat lain, insyaallah.
hilang ke? kene g sekali lg tu bawa anak+isteri.

mie to ummu farhan said...

salam.tak pe tertinggal ketapi....AIR ASIA murah sekarang.hehehe
ya,anak2 kene tengok.jadi motivasi untuk dorang.

KAMI ^_^

KAMI ^_^