Followers

Monday, March 8, 2010

PENGAMBILAN PELAJAR BARU DQ DIBUKA

Dengan asma Allah yang Maha Agung....

Tempat jatuh lagi kan dikenang...apatah lagi tempat kita mengenal cinta pada Pencipta alam. Tempat kita mengenal pahit maung kehidupan, tempat kita berkasih sayang dalam erti UKHUWAH FILLAH LILLAH, tempat kita pernah ketawa riang gembira, tempat kita menangis hiba lantaran sukarnya mengejar sebuah impian, juga tempat kita pernah sujud penuh syukur bila kejayaan sudah dalam genggaman....

Darul Quran menyimpan seribu cerita penuntutnya, Darul Quran juga ada sejuta rahsia manusia-manusia ini. Lantaran, kami bukan malaikat. Kami berdiri atas 2 kaki bernama INSAN BIASA. Ada kelebihan, ada juga seribu kekurangan dan kekhilafan..

Panjang sungguh intronya. Saya sekadar ingin memaklumkan pendaftaran masuk ke DQ sudah dibuka. Untuk info lanjut sila klik sini, atau buka saja website rasmi DQ.




















TINTA NORMI : TERIMA KASIH BUAT AYAH KESAYANGAN KERANA ATAS HAJATNYA SAYA MELANGKAH MASUK KE DQ, JUGA BUAT MA KERANA DIA SAYA TERUS BERSEMANGAT, TIDAK LUPA BUAT KAK PIE KERANA TOLONG CARIKAN BORANG DQ DULU.

2 comments:

Unknown said...

beruntungnya orang yang berjaya menempatkan diri di DQ, menimba kalam Ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya.
sejuk perut ibu mengandung kalau anak menjadi hafiz/ah

mie said...

to kak chik....

beruntung untuk orang yang benar2 menjaganya kak chik...bak kata murabbi saya, menghafaz al quran susah.menjaganya LEBIH susah.

KAMI ^_^

KAMI ^_^