Followers

Thursday, May 6, 2010

KERANA SAYA SEORANG IBU.....

Dengan asma Allah yang Maha Agung.....
Andai anda ibu seperti saya, saya sangat pasti anda juga sanggup buat apa saja yang terbaik untuk anak anda.Saya tahu, kerana saya juga begitu....
Justeru....saya berusaha agar saya mampu menyusukan Iman sepenuhnya dengan susu ibu sahaja. Saya berusaha agar susu saya cukup untuk Iman.


Pil-pil di atas antara pil tambahan yang saya makan, khas untuk menambah susu badan. RTC pil HOMEOPATI DR AZIZAN- saya mengamalkannya sejak kelahiran Ameen. Alhamdulillah, cukup serasi dengan saya, semasa menyusukan Ameen. Soft-gel Habbatussauda' dari HPA saya mula makan sejak Iman berumur 2 bulan, bila saya rasakan susu saya tidak cukup untuk Iman, walaupun saya tidak pernah miss pil RTC. Terbaru FG- saya beli di sini, bila saya mula risau susu saya berkurangan walaupun saya memakan pil RTC dan Hpa. Alhamdulillah, dengan izin Allah ada peningkatan jumlah susu.

Sejujurnya, susu anda akan bertambah bila anda minum banyak air dan kandungan air dalam badan anda cukup. Itulah rahsia terbesarnya. Saya tidak gemarkan air, minum jika perlu dan bila terasa dahaga saja. Sebab itu saya perlu paksa diri untuk minum. Apa yang saya perasan pil itu membuatkan saya kerap dahaga dan mencari-cari air.

Rahsia yang lain yang paling menjadi - makan kurma. Sebab setiap kali anda makan kurma anda akan minum sekurang-kurangnya 2 gelas air.

IMAN NURUL'ATIFAH
budak kecik yang abi&ummi sanggup buat apa saja untuk dirinya
=)

Saya petik dari buku AL-QUR'AN DAN SAINS - DR HJ JAMNUL AZHAR BIN HJ MULKAN ; BAB KHASIAT PENYUSUAN.
Rujuk ayat dan maksud Surah Al Baqarah ayat 233 ya.

PERBAHASAN: Pakar pemakanan mengakui susu ibu boleh menjauhkan risiko barah payudara. Bukan saja ibu mendapat faedah tetapi juga jika anak itu adalah perempuan ia juga dapat menjauhkan daripada serangan penyakit ini - dengan izin Allah jua- apabila dewasa kelak. Wanita yang semasa kecil tidak mendapat susu ibu mempunyai peluang 4 kali ganda untuk mendapat barah payudara berbanding wanita yang disusukan dengan susu ibu semasa kecil. Barah payudara mempunyai kaitan faktor keturunan, diet dan pemakanan.

Penyusuan juga bertujuan menjarakkan anak dan menjadi satu method perancangan keluarga - dengan izin Allah jua.-

BERMAKSUD : "dan dijarakkan anak itu selama 2 tahun"
Dengan menyusu segala hormon dan pembentukan yang perlu bagi membentuk benih matang di dalam ovari akan terhenti kerana hormon prolaktin yang diperlukan bagi merangsang hormon FSH (Follicle Stimulating Hormone) yang penting bagi pembentukan benih tidak dapat berfungsi bagi bagi membentuk benih, tapi mengarahkan fungsinya kepada penghasilan susu yang lebih banyak.InsyaAllah.


MUHAMMAD AL-AMEEN buah hati kebanggaan abi & ummi
(biar sepet pun, tetap ummi bangga dengan abe long..hah hah)


tinta normi : SELAMAT HARI IBU BUAT BONDA KESAYANGAN, DIA IDOLA, DIA CAHAYA DIA JUGA KEBANGGAAN KAMI SEMUA!
semua ibu ada cara sendiri mempamer kasih, meluah sayang.

Jom, kita bersama sahut "cadangan" Allah untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun umurnya.
>>ada juga sahabat saya mengatakan susu ibu akan banyak jika memang berazam untuk menyusukan anak yang dikandung sejak dari dalam kandungan lagi, lagi satu DOA. Susu kepada anak adalah rezeki, banyak atau tidak adalah hak dan urusan rezeki dari Allah. Pernah saya terbaca dalam majalah SOLUSI amalkan surah Al Hujurat untuk membanyakkan susu-wallahu a'lam.

1 comment:

Asiyah said...

Sy pn brazam nk bg exclusive breast-feeding kpd Awatif..hrpnye trcapai. Ni pula petua utk mnmbahkan susu bdn yg sy dpt drp mak spupu: makan rutob & minum susu setiap hari. Lg elok kalau fresh milk..(hmm..mgkinkah ade kaitan dgn kisah Maryam yg mkn rutob sewaktu melahirkan Isa a.s.?). Insya Allah bi iznillah, susu akn cukup utk baby.. Go, go, breast-feeding!

KAMI ^_^

KAMI ^_^