Followers

Monday, September 6, 2010

27 RAMADHAN/6 SEPTEMBER - SYAFAWI PERTAMA BUATNYA

Dengan asma Allah yang Maha Agung...


Hari ni adik saya Nurul Hidayah akan menghadapi peperiksaan hafazan Al Qur'annya yang pertama. Tersenyum saya bila dia mengirim sms tiada semangat untuk berhari raya, kerana risau dengan peperiksaan hari ini. Ujian Syafawi - baca dihadapan dua orang ustaz. Mereka akan menyoal beberapa soalan dari juzu' yang telah dihafaz. Ujian Syafawi inilah yang paling kami geruni....


Terimbau kenangan saya dulu....kali pertama bakal menghadapi ujian syafawi ini saya bagaikan tidak berpijak di bumi. Seminggu "study week" semua orang sibuk dengan hafazan masing-masing - semua orang bagai tidak kenal satu sama lain, kadang-kadang makan pun kami terlupa.

Ada sahabat saya rutinnya bermula selepas subuh, mengaji-mengulang hafazan dari subuh hingga zuhur. Berhenti sekejap untuk solat dan makan, mengaji-mengulang lagi hingga asar. Terus mengaji-mengulang hinggalah ke maghrib. Selepas solat,makan sedikit dia terus tekun mengulang hafazan hinggalah ke tengah malam. Masyaallah, maka layaklah dia memperoleh NAJAH dalam IMTIHANNYA!

KATA IMAM SYAFIE : "AKU BERJAGA MALAM KETIKA ORANG LAIN LELAP TIDUR, MAKA AKAN SAMAKAH DARJATKU DENGAN MEREKA SETELAH ITU?"

Beberapa hari sebelum peperiksaan, saya menelefon rumah. Sekadar ingin bercakap dengan ma, mohon didoakan anaknya ini. Namun yang menyambut panggilan telefon saya adalah AYAHANDA KESAYANGAN. Allah....hampir gugur jantung saya. (Sejujurnya, dalam banyak keadaan saya cukup tersentuh dengan apa saja yang dituturkan oleh ayah.)

Mendengar suara ayah, saya cuma mampu berkata "DOAKAN MIE AYAH.....MIE TAKUT NAK SYAFAWI QUR'AN...RASA MACAM SEMUANYA TAK MAMPU NAK INGAT...." Dalam berkata-kata itu saya sebak dan menangis....dan langsung tidak mampu untuk berkata apa-apa selepas itu.....

~normi ini perlu menjadi seteguh kerikil~

Maha Suci Allah....Maha Suci Allah....Petang esoknya ketika saya berada di dalam kelas untuk mengulang hafazan, saya benar-benar terkejut......AYAH SAYA DATANG JAUH DARI KELANTAN KE KUALA KUBU BARU HULU SELANGOR SEMATA-MATA UNTUK MENJENGUK SAYA. Ayah bertolak awal pagi dari Kelantan menaiki bas, ke rumah Ayah Teh saya. Terus ke rumah kakak saya di Rawang!
Dan, pada malamnya juga ayah bertolak pulang ke Kota Bharu.....

Ini kenangan saya. Kasih ayah yang pastinya akan saya ingat sampai ke akhirat nanti.

tinta normi : "Ya Allah, andai ada secebis pahala dari bacaan ayat suciMu ini, hamba hadiahkan buat ayahanda dan bonda tercinta. Rahmati mereka, kasihi mereka, bahagiakan mereka di dunia ini, dan lebih-lebih lagi di akhirat sana.....ameen ya Robb."

SELAMAT BERJAYA ADIKKU, SUSAH DIDUNIA TAK MENGAPA....KERANA KITA HARAPKAN SENANG DI AKHIRAT NANTI.

MIE SAYANG SEMUA ORANG!


1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...
kak mie, tsentuh bace post nie..
mak dan ayah saya sudah kembali ke rahmatullah..
kadang kalau tlampau rindu, saya akan berdoa dan merintih pilu, mohon ALLAH hadirkn mereka dlm mimpi..
rindu yg sgt myakitkn kerana mereka adalah nadi dan kkuatan saya..=(

KAMI ^_^

KAMI ^_^