Followers

Saturday, September 18, 2010

APABILA MATA TAK MAMPU DILELAPKAN + APABILA TUANKU SULTAN MELETAKKAN ULAMA' DI TEMPAT YANG SEPATUTNYA

Dengan asma Allah Yang Maha Agung.

PANJANG SUNGGUH TAJUK, HEH HEH.
Tidur saya terganggu, bila AbeLong Ameen menangis dan meragam. tadi, kali pertama Ameen menangis perutnya sakit...kali kedua minta dibuatkan susu. Tambah menguji iman umminya - saya le tu =), bila Ameen hanya mahu saya yang buatkan susu. Abi tak nak!! Menyusukan Iman ketika itu terpaksa hentikan seketika.....

Allahu Rabbi....Iman pula sekarang sudah pandai menangis kalau tak nampak batang hidung umminya - saya lagi la tu=). Kena duduk kat sebelahnya, kalau "ciiiku cak!" Suka sangat lah dia. Baru berkira-kira nak bangun, dia dah mula menangis.....

Akhirnya...saya pula terkebil-kebil tak boleh tidur. Bukan mengeluh, sekadar menukil rasa seorang ummi.

Hari Isnin nanti dah mula bekerja. Sungguh rasa terharu, bila zauji habibi menuturkan "Seronok balik rumah bila Mie tak keje....rumah kemas je." Nampak sangat bila time keje rumah saya tak berapa nak kemas.....aduhai.

Namun, tahukah suami itu = dalam kurungan suami saya, bahawa isteri ini = saya le tu, saya mengemas rumah, menyapu habuk dan memasak sambil bersilat mendukung si kecik Iman fahfah? Agar suami pulang lapang dadanya. Cewah! rasa macam dah dapat kunci syurga. (Amiin Ya Robb.....)
Sungguh! Bukan berbangga, sekadar mahu suami-suami tahu....walaupun isteri-isteri anda TIDAK BEKERJA.... kepenatannya, keletihannya tetap sama. Kerana sesungguhnya menjadi surirumah bukan bermakna isteri goyang kaki dan tidur bersama anak saja.

Inilah yang saya mahu zauji habibi sedar dan tahu sebelum saya berhenti kerja nanti.....agar ringan tulangnya membantu isterinya ini tetap sama walaupun selepas saya berhenti kerja nanti.

A'LA KULLI HAL.....

Kredit to : teratakmaya , kerana ada berita yang "menyamankan" saya...hehehe. Alhamdulillah,alhamdulillah....tak sabar nak balik Kelate jumpa Tuanku Muhammad Faris Petra.


APABILA TUANKU SULTAN MELETAKKAN ULAMA' DI TEMPAT YANG SEPATUTNYA

Semoga negeri Kelantan bertambah makmur di bawah pimpinan Sultan Muhammad Faris Petra aminn..


Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...


Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...

*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan.


Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...


Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...


Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan...

Gabungan terbaik yang wajib dijadikan contoh di Negara Malaysia... Sultan yang berjiwa rakyat & mementingkan agama dalam urusan harian dan juga Ulama yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan dalam pentadbiran Negeri dan kehidupan harian...


Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...


tinta normi : sekian dulu celoteh 3pagi.....waktu mustajab doa ni. Kalau tak uzur syar'ie boleh solat tahajud...tak gitu tuan puan ^-^.

4 comments:

Ummuafiq Hashim said...

Assalammuaalaikum normi, selamat berhari raya dgn anak2! Akak bukan org Kelantan tapi sejuk hati melihat cara pembawaan Sultan Kelantan yg baru ni....Kenapa ada pihak yg masih tak suka ye?

Ahmad Kamil said...

Assalammuaalaikum Akak,kalau akak nak tahu lebuh lanjut sila ke link ini

http://bumiyang.blogspot.com/2010/09/dymm-seri-paduka-sultan-kelantan.html

Lebih baik kita mengetahui protokol dari memuji yang berlebihan kerana Nik Aziz adalah manusia biasa saja tak lebih dari seorang ustaz saja. Cuma gelaran tok guru diberi selepas jadi Pesuruhjaya Pas Negeri Kelantana saja. Yang saya hairan kenapa Ustaz Azizan MB Kedah tidak diberikan gelaran tok guru sedangkan pengalaman beliau dalam mengajar melebihi Nik Aziz dan ilmu yang beliau miliki juga melebihi Nik Aziz dan Ustaz Azizan juga menghafal setengah Quran

Tolong siarkan komen saya jika Akak meyintai kebenaran

Normi Hj Mat Yusof said...

mie to ummuafiq

waalaikumussalam. adat manusia, sedang Rasulullah sebaik2 manusia pun ada penentangnya, apatah lagi hanya Tok Guru yang hidup di akhir zaman ini.

jemput datang ke kelantan nanti akak.

Normi Hj Mat Yusof said...

mie to ahmad kamil.

terima kasih saudara atas sudut pandang yang berbeza. semua manusia pasti ada pandangan masing2 bukan.semua manusia juga bisa membuat persepsi mereka sendiri.ikhtilaf sesama manusia itu biasa....
samaada tuanku sultan berniat untuk memuliakan tok guru atau sekadar membetulkan protokol hanya tuanku saja yg tahu.

barakallah ya akhi.

KAMI ^_^

KAMI ^_^