Followers

Monday, December 6, 2010

CERITA 1 & CERITA 2

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG

Cerita 1 :

Lebih 3 minggu berada di Kelantan, Alhamdulillah....menikmati hari-hari bersama ma, ayah, adik-adik dan anak-anak buah. Ameen&Iman...mula serasi di kampung bersama mamatok & tok chek. Ameen dah mula boleh bezakan mana satu Cik Su, mana Cik Ee, mana Cik Da. Sebelum ni semua Cik Da.

Saya dan zaujihabibi pula melalui fasa-fasa bergayut di handphone lama-lama. Kalau tak kerana anak-anak...mungkin berjam-jam bersembang. Hehe...indah juga dok jauh-jauh sekejap, merasai manisnya rindu, merasai betapa kami memang saling memerlukan. Namun, saya belajar menghargai adanya suami di sisi. Sungguh! Susahnya tiada suami di sisi. Biasa bersama melayan anak-anak, anak meragam kita bersama, sakit kita, letih kita, takut kita semua dia ada untuk menjadi heronya....=)
Zaujihabibi pula mula kesunyian kat sana.....(ha, baru tahu betapa berharga isteri dan anak-anak abang nih....uhuk,uhuk!)

Cerita 2 :

Saya tertarik sangat dengan pesanan kakak saya kepada adik-adik yang tertampal di bilik anak-anak dara@adik-adik saya. Suka berkongsi dengan sahabat semua.....

Suatu ketika Ibrahin bin Adham telah dikunjungi oleh beberapa tetamu wakil guru Tariqat lalu dia berkata kepada mereka :
"Berikan nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuatkan saya takut kepada Allah." Lalu mereka berkata : " Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara....."

1) Orang yang bayak bicara, janganlah kamu berharap sangat kesedaran hatinya.

2) Orang yang banyak makan, janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.

3) Orang yang banyak bergaul dengan manusia, janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4) Orang yang cinta kepada dunia, janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.

5) Orang yang bodoh, janganlah kamu harapkan sangat hidup hatinya.

6) Orang yang memilih berkawan dengan orang zalim, janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7) Orang yang mencari kerelaan manusia, janganlah harapkan sangat keredhaan Allah darinya.

"Aku mencintaiNya kerana Dia mengambil berat terhadapku, dan bermuarah hati memberiku ilmu dan kenikmatan. Di samping itu aku mempunyai banyak dosa yang aku sentiasa takut dan bimbang Dia tidak mencintaiku lagi kerananya....." ~~kata-kata Ismail bin Muhammad~~

tinta normi : dua orang budak kecik yang rindu dengan abi..... SAYANG ABI!! musim hujan, sejuk...nak mandi pun fikir 16x. Kakak saya mandi sekali sehari je...uhuk,uhuk.

JUMPA LAGI BIIZNILLAH,INSYAALLAH.

1 comment:

dZah said...

salam...lain da muka iman...

KAMI ^_^

KAMI ^_^