Followers

Saturday, September 3, 2011

ADIB AL-AMEEN - SEMINGGU SUDAH KAMI BERSAMA

DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG

Allahurobbi, lama sungguh saya tidak menulis dalam erti kata bahasa sendiri, luahan sendiri, dan butir bicara sendiri. Sejak disahkan mengandung anak ke3 pada Disember 2010 saya mengalami fasa-fasa ketandusan idea dan "blur...". Maka jadilah blog ini hanya blog promo KEDAIHUFFAZ atau sekadar berkongsi artikel tulisan penulis lain.

Alhamdulillah....hari ini genap sudah seminggu kami menerima kehadiran insan baru.

ADIB AL-AMEEN dimasyhurkan......dengan iringan doa ummi&abi semoga adabmu secantik adabnya serta akhlaknya Rasulullah SAW. Cintamu pada Allah dan Rasul serta pada Islam teguh dan kukuh hingga berani berkorban nyawa kerananya! Semoga anakanda dan kekanda2mu dikasihi Allah lantas didoakan & dikasihi juga oleh penduduk langit dan bumi.

27 RAMADHAN 1432 - 27 OGOS 2011 lahirnya Adib Al-Ameen : Bermula 25 Ramadhan saya sudah mula sakit. Sakit main-main bak kata orang. Hajat di hati mahu khatamkan Ramadhan tanpa "cuti" - sekaligus nak juga beraya rumah sahabat-sahabat di KK ini walaupun tak boleh balik ke Kelantan atau ke Sandakan.

Namun, suami sempat bergurau - "Baby lahir 27 Ramadhan ni....." Jawab saya - " Ala....tak nak la, Mie nak raya...=( " .
Rupanya masin sungguh mulut suami, sempat lagi dia bergurau dengan Imam Besar Masjid Negeri Sabah ketika menjadi imam terawikh di Masjid Negeri...27 Ramadhan baby lahir,insyaAllah. Jadilah kata-kata itu laksana doa.....

Malam 27 Ramadhan dalam lesu selesai iftor, saya terpaksa melewatkan solat Isyak. Hanya terbaring menunggu suami pulang dari masjid pada masa yang sama terpaksa melayan kerenah Abelong & Kak Ngah. 12 tengah malam selesai solat isyak saya gagahkan diri solat sunat 2 rakaat - perut semakin sakit. Mata tak mampu pejam....hanya duduk di sejadah menyelak halaman "DOA KETIKA SAKIT BERSALIN DAN DOA KETIKA MAHU BERSALIN" dari buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT = AYAT KURSI + AYAT 54 SURAH AL A'RAF DAN BEBERAPA AYAT LAIN .Saya kongsikan kemudian insyaAllah.

Terpaksa suami mohon keuzuran dari menjadi Imam Qiamullail di Masjid Negeri Sabah dan memberi tazkirah di Masjid Kg Muhibbah.


Allah sungguh-sungguh memudahkan kelahiran kali ini......saya sempat solat Subuh dan berdoa. Sebelum bergegas ke Hospital Likas. Abelong ditinggalkan sekejap di rumah sahabat, Kak Ngah Iman bawa bersama ke hospital.

Panik sekejap bila air ketuban pecah dalam kereta....sungguh pengalaman baru. Berjalan ke bilik penilaian dalam keadaan air ketuban membasahi baju dan menitis ke lantai.....

6.30 pagi masuk bilik bersalin - 7.40 pagi ADIB AL-AMEEN BIN MOHD JUMAT lahir ke dunia, dengan berat 2.45kg.

3 cahayamata dengan 3 pengalaman berbeza.

NAMUN DISEBALIK ITU.... detik bersalin ini saya benar-benar bergantung harap pada zikir :

"ALLAH TELAH MENCUKUPI SEGALA SESUATU BAGIKU. DAN SEBAIK-BAIK TEMPAT KUSERAHKAN DIRI ADALAH KEPADA ALLAH...."

TINTA NORMI : rasanya inilah kunci yang memudahkan proses bersalin kali ini......ALHAMDULILLAH A'LA KULLI HAL....

3 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Syukur alhamdulillah.. Tahniah Normi. Selamat Hari Raya.. :D

sekamar rindu said...

salam...puan,


subhanallah...sungguh comelnya anak puan...

ibundo said...

alhamdulillah mie, bertambah lagi zuriat. Peluk cium untuk anugerah baru. Selamat hari raya.

KAMI ^_^

KAMI ^_^