Followers

Friday, April 24, 2009

AKU RISAUKAN ALQURAN KU

"Dia memandang al Quran itu...ada rasa rindu di hati....ada rasa sayu mencucuk-cucuk sanubari...ada rasa ngilu menjamah diri. Allah...dia mengeluh, lama benar al Quran itu tidak disentuh dengan sepenuh jiwa dan hati. Jika dibaca pun sekadar bacaan sambil lewa....sekadar membaca tanpa penghayatan, tanpa sifat kehambaan...

Dia memandang lagi al Quran itu....ada air mata menitis, Ya Allah...adakah ini ujian agar hamba lebih kental mengajar manisnya mentadabbur al Quran, atau ini adalah tanda murkaMu kerana hamba lalai dan leka sentiasa.

Dia memandang al Quran itu dengan air mata....Ya Allah....hamba memohon pada Mu dengan rendah hati....dengan hinanya seorang hamba yang sentiasa mengharap pada Mu, hadiahkan hamba kembali kemanisan itu....KEMANISAN MENGHAFAZ DAN MEMBACA KALAMMU....KERANA SESUNGGUHNYA HAMBA BENAR-BENAR RISAUKAN AL QURAN YANG BERADA DALAM DADA HAMBA....."

-buat pencinta kalam Tuhan-

4 comments:

kakpah said...

salam. Gembira dapat berkenalan. Nanti kpah linkkan dalam blog kpah.

NORMI BINTI HAJI MAT YUSOF said...

emmm....syukran.kenal blog akak pun lelaui blog kakchik keluargakusayang.

tajma said...

sama-samalah kita tingkatkan keimanan. rasa tak best kan bila sehari tak dapat pegang dan baca al Quran walaupun beberapa ayat.salam perkenalan

normi bt haji mat yusof said...

to tajma...
salam ukhuwah kembali....begitulah adanya kita dan al quran....sepatutnya rasa rindu untuk membacanya sentiasa menggamit jiwa.

KAMI ^_^

KAMI ^_^