Followers

Sunday, September 16, 2012

PERKONGSIAN : "AKU LEMPANG KANG!!!"




DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG


Semoga kita dalam kasih sayang Allah...meletakkan Allah sebagai pasak tertinggi dalam hidup. Menjadi ibu impian semua orang yang mempunyai naluri fitrah yang hakiki. Jujur...semua mahu menajdi ibu - namun sebanyak mana kita belajar menjadi ibu yang Allah redha. Kadang-kadang kita terlupa memohon bimbingan Allah dalam kita mendidik anak.

Satu artikel yang sangat menyentuh hati - bersama kita berdoa agar kita tidak menjadi ibu bapa sebegini :

Ada beberapa orang lagi di hadapanku. Sambil menunggu giliran untuk membayar, aku ternampak seorang kanak-kanak kecil (sekitar berumur 3 tahun) sedang berlari-lari anak di dalam kompleks membeli belah itu. Ibunya - yang berpakaian segak - lagak macam seorang artis, berada di hadapanku. Tiba-tiba kanak-kanak tu terlanggar kakinya. Apa yang berlaku selepas dari insiden itu tidak boleh aku terima sebagai seorang manusia yang mempunyai anak yang ramai.
"Aku lempang kang!!!" Sambil mengangkat tangannya. Bukan bergurau - tetapi nampak sangat air mukanya sedang marah. Anak kecil terkincit kincit berlari menuju bapanya yang agak muda. Bapanya ketika itu sedang mendokong adiknya yang kecil. Dalam keadaan cemas dan agak malu, bapanya memanggil si anak kecil tadi.
Persoalannya - apakah kesalahannya itu terlalu besar sehingga siibu sanggup memberi amaran yang begitu keras. Itu di depan kita. ... Agak-agaknya apa akan berlaku jika di rumahnya sendiri. Jika di depan orang pun beliau tak segan silu memarahi anaknya sebegitu rupa... tak boleh bayangkan jika perkara itu berlaku di rumah.
Aku merenung isi ceramahku selama ini ....7 tahun pertama masa bermain. 7 tahun berikut masa disiplin. Tapi kanak-kanak itu telah menerima disiplin (yang begitu kejam) pada umur 3 tahun. Mulut ini begitu ringan untuk berkata-kata .... namun aku berhenti sejenak. Jika dia benar-benar melampang anaknya itu di depan saya - harus juga aku akan "bertindak". Aku tak tahan sungguh orang mendisiplin anak di depan orang ramai sebegitu rupa.
Ini bukan peristiwa pertama yang aku saksikan. Satu ketika dulu di Jabatan Pendaftaran - seorang ibu muda kelihatan mencubit cubit anaknya (orang Muar kata menggetu). Anaknya yang sekitar umur 3 tahun tiba-tiba menjawab, "Babi makkk" Apa lagi .... lagi kuatlah cubitannya.
Mengapa ye .. perkara seumpama ini berlaku. Perasaan kasih dan sayang pada si kecil nampaknya kian berkurangan. Di manakah sifat kasih sayang seorang ibu dalam mendidik si anak. Aku termenung.
Terbaca olehku satu hadis: ”Sesungguhnya manusia yang paling jauh dari AllahYang Maha Tinggi adalah orang yang berhati kejam (al-’aasi-l qalbi)”. (HR Thabrani)
Suatu ketika, salah seorang sahabat yang bernama Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi melihat Rasulullah saw mencium cucunya dengan penuh kasih sayang, ia lalu berkata di hadapan Nabi saw bahwa dirinya memiliki 10 orang anak, dan tidak pernah seorang pun yang diciumnya. Nabi saw kemudian bersabda:
”Siapa yang tidak menyayangi, tentu tidak akan disayangi…”
Takut sifat kita terhadap si anak kecil itu tadi mengundang kemurkaan Allah swt. Maka jika Allah swt adalah Tuhan yang kita sembah dan tempat kita memohon Perlindungan - apakah tidak risau jika Allah tidak menyayangi kita lantaran sifat kerasnya kita kepada anak-anak kecil kita. Jadilah Rasulullah saw itu sebagai contoh dan tauladan dalam mendidik anak-anak kecil kita ... ameen.
TINTA NORMI : sekadar muhabah - sebelum kita menyuruh anak mentaati kita sebagai ibu/ayah apakah kita dalam kondisi ibu /ayah yang layak ditaati?

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^