Followers

Sunday, March 22, 2009

SHOPPING-SHOPPING CARI BUKU

Dengan asma Allah yang Maha agung,salam kasih dan rindu bersama selawat dan salam kepada Rasulullah SAW.
ameen punya buku

Semalam kami berjalan-jalan di supermarket besar di bandar KK.Tujuan utama ke kedai buku EATON'S, abi nak cari kamus bahasa Arab,saya pula sudah terbayang buku terbaru(2008 lagi di pasaran) RAMLIE AWANG MURSYID - novelis kegemaran saya.

Sambil 'main kejar-kejar' dengan Ameen sempat le sambar 2 buku untuk Ameen dan HIJAB SANG PENCINTA idaman,sekadar hadiah birthday untuk diri sendiri...emm,every year hadiah diri sendiri buku.Takpelah, excited jugak sebab dah lama saya mengidam buku ni cuma tak berkesempatan untuk membelinya sahaja.

Ameen suka betul dengan buku gambar itik tu. Saya tahu dia memang sukakan itik warna kuning mulut merah tu..Dulu iklan digi dengan itik kuek kuek pun ameen sangat suka tengok. Emm, kalaulah itik betul cantik macam itik digi dah lama kami bela....


moral of the story: RAJIN-RAJIN LE BACA BUKU, KERANA BILA ANDA MEMBACA, ANDA MENEROKA SATU DUNIA BARU.

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^