Followers

Sunday, March 22, 2009

KEK BLUEBERRY YANG PALING BERMAKNA


Dengan asma Allah yang Maha Agung,salam kasih dan rindu bersama selawat salam buat RasululAmeen SAW.
kek blueberry tanda kasih suami

Kek bukanlah kegemaran saya, satu slice pun jarang saya mampu habiskan(abi pulak amat-amat sukakan kek). Tetapi kek blueberry tetap menjadi idaman hati saya. Saya kepingin menikmatinya masa mengandungkan ameen lagi,tapi tak berusaha untuk beli.Lama tu dah setahun lebih.

Semalam 20 MAC ulangtahun kelahiran saya ke 27 (wah!!!banyaknya). Saya over excited bila abi bawa balik kek blueberry idaman saya. Kikikiki, happy yang tidak tergambar, Ameen pun jadi takut bila tengok kek tu sebab ummi dia excited yang amat.....

dua gambar ameen takut tengok kek

Alhamdulillah, segala puji tentunya milik Allah kerana hadiahkan saya seorang suami yang penyayang......prihatin betul dengan keinginan saya, mana tak prihatinnya tiap-tiap hari sebut nak beli kek blueberry untuk birthday!! kikiki

A'la kulli hal....syukran jazilan zauji habibi al mahbub...mengenalimu dan hidup bersamamu lebih berharga dari kek blueberry tu,ngengenge.....

1 comment:

Unknown said...

Tahniah & selamat ulang tahun kelahiran normi. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki.

KAMI ^_^

KAMI ^_^