Followers

Saturday, April 4, 2009

JIKA ANAK KITA

Sekadar berkongsi tulisan Dato' Dr Nor Laily Dato' Abu Bakar :






anak-anak memang banyak ragam dan ceritanya, kita yang perlu belajar menjadi PENYABAR





  • Jika anak hidup dalam kesabaran, dia belajar jadi penyabar
  • Jika anak gidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi
  • Jika anak hidup dalam pujian, dia belajar menghargai
  • Jika anak hidup dalam galakan, dia belajar jadi yakin
  • Jika anak hidup dalam persetujuan,dia belajar menyayangi diri
  • Jika anak hidup dalam pengiktirafan,dia belajar membina matlamat hidup
  • Jika anak hidup dengan ilmu, dia belajar memahami persekitarannya
  • Jika anak hidup dengan kemahiran, dia belajar berdikari
  • Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik, dia belajar berfikir dengan baik
  • Jika anak hidup dengan adab, dia belajar bersopan santun
  • Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar peka dengan penyakit
  • Jika anak hidup dengan al Quran,dia belajar mengenali Tuhan
  • Jika anak hidup dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya
  • Jika anak hidup dengan kejayaan, dia belajar apa erti kebenaran
  • Jika anak hidup dengan keselamatan,dia yakin pada diri dan orang lain
  • Jika anak hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia ini tempat memberangsangkan
  • Jika anak faham al Quran dan doa,dia faham apa itu akhirat
TETAPI.....

  • Jika anak hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain
  • Jika anak hidup dalam kekerasan,dia belajar melawan
  • Jika anak hidup dalam kata-kata sumpahan, dia belajar jadi pengecut
  • Jika anak hidup dalam menderita, dia belajar senang putus asa
  • Jika anak hidup dalam iri hati, dia akan belajar salahkan orang lain
  • Jika anak hidup dalam hukuman, dia akan belajar rasa benci dan dendam
  • Jika anak hidup dalam penghinaan, dia akan membina maruah diri yang rendah
  • Jika anak hidup dengan sumpahan, dia akan mengikut sumpahan itu
  • Jika anak hidup dengan air mata, dia akan belajar menyeksa orang lain.
MORAL OF THE STORY : anak jika makin kerap dipukul dan dicubit, dia akan menjadi bertambah nakal dan sukar ditegah......jadikan pukulan dan cubitan "pilihan terakhir", kalau nakal tahap gaban boleh le cubit sikit2.....emmm...gitu ke?
** buah fikiran anda dialu-alukan.....

3 comments:

Unknown said...

Tulisan tu ada dalam modul pembelajaran kakchik. Memang menarik dibaca, sesuai untuk dihayati dan diamalkan.

Normi Hj Mat Yusof said...

Gitulah kakchik.....saya sgt sedih andai anak sgt mudah dipuul dan dicubit......sedangkan masih boleh ditegur.

Anonymous said...

salam...saya sudah mula menyukai blog akak,tahniah ye...
saya sangat setuju kak. saya boleh katakan yang saya hidup dalam anak yang dalam golongan 'tetapi' itu.namun, saya bersyukur sebab keluarga saya mengutamakan agama, tapi biasalah,ada banyak faktor ibu bapa jadi pemarah..kan?
sedikit demi sedikit, dari hidup dalam 'denial', menyalahkan diri dan orang lain, saya blajar idup menghargai sekeliling. cuba gak bersabar, terutama when dealing the kids(bukan anak saya, anak saudara n murid2 esp).
benarnya, yang anak2 adalah cermin ibu bapa.nanti janganlah ibu bapa menyalahkan anak2 di atas apa yang anak2 jadi, kerana hasil didikan mereka sendiri. walaupn ada anak2 yang dah besar dan boleh fikir sendiri, pilihan untuk berubah ada di tangan mereka, tapi berapa ramai yang sedar nak berubah?..lagipun, pengalaman masa kecil merupakan pengaruh yang agak besar dalam kehidupan.
Inilah buah pikiran saya, yang selalu berdoa agar dijauhkan dari sifat marah yang slalu menyesakkan dada. doakan saya ye...terima kasih.
wasalam.

KAMI ^_^

KAMI ^_^