Followers

Sunday, April 5, 2009

HARAPANKU DALAM DOAKU



Check-check folder-folder lama dalam laptop jumpa nukilan hati saya. Mungkin tulisan saya 2 atau 3 tahun lalu....

Suami…..

Dengan nama Allah dikau mengambil amanah dari ayah, dengan nama Allah juga rela dan redha ayah menyerah amanah ke pundakmu. Dengan nama Allah dan rela redha itulah ada insan bergelar isteri. Dengan nama Allah ada insan sudi bersama mu berbakti pada Deen Nya…..dengan nama Allah juga dipohon agar dikau kan terus gagah menjadi pahlawan agama, penjaga kalamNya…..kerana di situlah kebanggaan seorang insan bernama isteri.


Isteri…..

Petunjuk Allah dipohon tatkala ada hati terpaut, adakah benar dikau srikandi yang akan tabah mendepani mehnah dan ujian. Doa tatkala sujud tak pernah jemu dipinta, adakah dikau bintang impian yang sering berada dalam tadahan doa. Semoga isteri ini mulia dengan ketaatan, barokah dengan kasih sayang dan kesetiaan, mahal dengan cantik akhlak dan keikhlasan, menawan dengan senyuman dan kelembutan… kerana di situlah bahagianya seorang lelaki bergelar suami.


Generasi pewaris……..

Harapannya, semoga nanti tidak jemu berdoa agar suami,isteri ini mendapat maghfirah, dan berada dalam kasih sayang Nya di Jannah nanti. Semoga juga generasi pewaris ini…..menjadi pecinta agama Tuhannya, menjadi si alim yang takutkan Tuhannya, menjadi pahlawan gagah yang rela rebah berdarah demi Tuhannya, menjadi si hamba yang diredhai oleh Tuhannya….kerana di situlah kebahagiaan dan kebanggaan abi dan ummi.


Ya Allah…..

Terima kasih atas anugerah ini…..atas rahmatMu ada hamba bergelar suami, ada hamba bernama isteri….dan ada bahagia tatkala dipanggil abi dan ummi.

Jadikan kami hamba-hamba yang taat dan diampunkan.


tinta menitis dari pena....miebintang....


3 comments:

Unknown said...

Salam Normi.
1. Ada persamaan la kita, kakchik pun ada tulis macam ni untuk suami dulu, hehehe.
2. Cantik gambar sekeluarga.
3. KakChik berkenannya dengan abaya Normi tu.

ummu ameen said...

sy beli abaya tu ramadhan tahun lepas.sy pun suka sgt abaya, sy ni kalau dah suka pakai sokmo sampai lunyai...hehehe

Unknown said...

memang betul tu, selagi elok selagi tu dipakai

KAMI ^_^

KAMI ^_^