Followers

Tuesday, May 26, 2009

TUNDUKKAN HATI

Lama benar saya tidak menulis....kesibukan + keletihan tahap gaban, sekarang examination week di sekolah.

Sekarang saya mengulang baca buku "Tundukkan Hati" tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - sebab saya rasa, ada yang tidak kena dengan hati dan emosi saya saat ini. Tulisan beliau membuatkan saya benar-benar rindu pada Rasulullah SAW, justeru saya yakin...tulisan yang datang dari hati akan jatuh juga ke hati.....hati yang paling dalam. Mungkin inilah keikhlasan Tuan Guru, tulisannya membuatkan saya insaf.

Benar sungguh kata penerbit buku ini : Anual Bakri Haron : "Tundukkan hati adalah buku yang bertutur dari hati. Ia bisa mengetuk hati untuk menemani khlayak samopai ke mati. Ia memiliki wajah yang cukup tersendiri."

Berkongsi secebis kisah Rasulullah SAW....semoga rindu kita ini terbalas akhirnya..... Baca dengan iman, let's go!!

muhammed saw

Baginda SAW pernah bersabda, Tuhanku menawarkan kepadaku untuk membuat gunung Bathha' di Mekah menjadi emas. Aku berkata, "Tidak wahai Tuhanku. Yanga ku mahu adalah kenyang sehari dan lapar sehari. Apabila kau lapar, aku akan bertadaruk kepadaMu dan menyebut namaMu. Apabila aku kenyang, aku akan bersyukur dan memujiMu."

Baginda pernah berdoa, " Ya Allah, jadikanlah rezeki keluarga Muhammad sebatas makanan pokok."

1 comment:

ibundo said...

semuga Allah murahkan rezki dari sumber yang halal. Amin.

KAMI ^_^

KAMI ^_^