Followers

Sunday, June 14, 2009

ALAHAI CUTENYA DIA.....MACAM KUCING.....

Saya bukanlah pencinta kucing,tapi saya pernah dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sangat sayangkan kucing. Nampak kucing boleh peluk, cium, bercakap2.....kadang-kadang semua itu amat menghairankan saya.
Apapun, berjalan-jalan di internet, menemukan saya dengan kucing-kucing comel ini....ada semacam rasa lapang melihat kucing kiut-miut ni.....

Oppss...saya bukan kucing, tumpang lalu je....kikiki


Ada seorang sahabat saya bercerita Allah mudahkan dia bersalin anak sulung mungkin sebab suaminya jaga seekor kucing betina yang bunting. Kejap je sakit, suami belum sempat masuk bilik bersalin, nurse dah keluar beritahu berita gembira.
Asalnya kucing tersebut sekadar masuk dalam rumah cari makanan. Lama-kelamaan semakin kerap datang, bunting pula tu. Sama-sama sahabat saya mengandung dengan kucing tu.....
Dipendekkan cerita, kawan saya bersalin awal dari "due". Kucing pula yang beranak tarikh due kawan saya.







A'la kulli hal.....Rasulullah SAW juga sayangkan binatang. Jikalau tidak, masakan tercatat dalam sirah baginda, ada seekor unta mengadu cerita sedihnya kepada baginda. Kalau Rasulullah SAW tidak sayangkan binatang pasti baginda tidak akan memberikan gelaran "ABU HURAIRAH" kepada sahabat baginda yang sayangkan kucing itu.

Pasti, pahalanya sangat besar bila kita sayang binatang kerana kita mahu mengikut sunnah baginda yang menyayangi binatang kan....

Benarlah, baginda membawa rahmat untuk sekalian alam......

1 comment:

ibundo said...

cantiknya kucing tu. Kakpah suka kucing tapi kalau dah tekencing merata-rata dalam rumah kpah gerammmm....

KAMI ^_^

KAMI ^_^