Followers

Wednesday, July 15, 2009

RESEPI KEK COKLAT KUKUS SAYA BUDAK BARU BELAJAR


Kek Kukus ni saya dapat dari myresipi.com. Ubah nama sikit, kene mintak ampun ni dengan Kak Lily pemilik resepi ni..... A'la kulli halnya, terima kasih sebab resepi Kak Lily membuatkan saya dan suami bertambah bahagia.

Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang (saya guna gula biasa, may be perlu dikurang sedikit kuantitinya)
  • 1 cawan susu segar perisa coklat(saya tukar kepada susu cair + 1/4 bar coklat masakan)
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.
Tambahan : saya lembabkan lagi dengan coklat moist. ( Susu cair + 1 bar coklat masakan, panaskan sampai cair, biar sejuk tuang atas kek. )

1 comment:

blogresipi said...

Kek coklat ni nampak moist jer.. kite tak pernah kukus kek cokelat.pasal pengukus takde... kalau nak kukus kena pakai oven jer..hehe

KAMI ^_^

KAMI ^_^