Followers

Saturday, July 25, 2009

AZHAN ATAN : SUARANYA MEMANG SANGAT MEMUKAU


Alhamdulillah, malam tadi berlangsung MAJLIS MAKAN MALAM YAYASAN AMAL MALAYSIA (YAM) BERSAMA AZHAN ATAN DAN NAZREY JOHANI.

Majlis makan malam yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membeli WATER GRAVITY PUMP untuk beberapa buah kampung di daerah Keningau yang hampir diisytiharkan darurat kerana ketiadaan air.



YAM memang sebuah organisasi yang bergiat aktif dalam aktiviti dakwah dan kebajikan.

Azhan bersama orang kuat YAM yang menjayakan majlis makan makan


Sesekali berjumpa sahabat-sahabat sejemaah memang menyeronokkan, tambahan pula berkenalan sahabat baru yang sefikrah menyegarkan lagi makna sebuah ukhuwah fillah.... apalagi berjumpa ramai perantau dari semenanjung yang berkhidmat di Sabah, at least rindu pada tanah semenanjung dan Kelantan terubat.....

Orang lain syok dengar nasyid, Ameen pulak syok tido...emm..
Sebelah saya Kak Ani orang kuat HPA Sabah

Suara Azhan Atan memang sangat memukau, apalagi saat mendendangkan lagu DI SEBALIK BAYANGMU- FATIMAH & ALI.....memang berdiri rambutku...hehehe.
Nazrey Johani memang sudah sangat berpengalaman menghibur....beliau turut memperkenalkan perniagaan barunya.

Ameen...macam anak cina pegang CD Azhan Atan

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^