Followers

Friday, August 7, 2009

SAYA BARU 2 KALI, MA SUDAH 11 KALI

Tubuh saya bagai lesu, rasa sakit tubuh dan lemah tulang bak orang demam, berulang alik ke tandas usah cerita kekerapannya...... kecelaruan emosi (betul ke istilah ni? hehehe) bagai bermaharajalela....Ameen baru tumpahkan air atau nasi saya sudah rasa sedih yang amat hingga mengalirkan airmata.

Ingatan dan kerinduan buat ma

Allah.....saat ini ingatan saya kuat pada ibu saya (ma panggilan untuknya). Ini baru kali ke2 saya mengandung, 3kali sebenarnya termasuk yang gugur Januari lalu, sedangkan ma 11 kali merasa semua ini. Merasa semua keperitan mengandung dengan 11 cerita yang berbeza, namun sampai ke saat ini saya tidak pernah mendengar rungutannya tentang payahnya mengandung 11 anak-anak. Tergambar di wajahnya hanya bahagia selepas redha dengan segala macam ujian itu.

ma dan ayah di hari konvokesyen adik saya Halim, si kecil tu 'Izzuddin

Ya.....itulah sesungguhnya kekuatan melalui saat perit mengandungkan seorang manusia ini, kita redha serta sabar dan percayalah ia membuahkan nikmat yang sangat manis.

Saat anak menendang-nendang perut seolah-olah untuk memberitahu dia wujud dan mahu disayangi, indahnya tak tergambar.

Buat semua lelaki bergelar suami

Tulisan ini ditulis oleh seorang isteri, wanita dan bakal ibu untuk anak ke 2, percayalah sentuhan anda untuk isteri adalah ubat yang paling mujarab. Terasa hilang segala letih dan lesu tatkala tangan suami mengusap lembut kepala, kering segala air mata tatkala lembut tangan suami menyapu air mata, dan yakinlah pelukan suami membuatkan kami isteri -isteri ini lebih gagah untuk ke medan juang tatkala melahirkan anak nanti.

Biarpun di saat mengandung istei anda nampak cergas dan tidak letih, namun percayalah kecergasannya tidak sama dengan wanita yang tidak mengandung.

Rindu pada ayah

Ma melahirkan adik bongsu saya Ahmad 'Izzuddin ketika saya berumur 20 tahun sedang belajar di Darul quran JAKIM, ayah menjemput saya awal pagi di stesen bas untuk pulang cuti semester - ma melahirkan 'Izzuddin ketika saya dalam perjalanan balik. Masih segar di ingatan saya, sepanjang perjalanan kira-kira 20 minit dari bandar KB ke hospital ayah tidak berhenti-henti bercerita susahnya ma mengandungkan 'Izzudin. Batuk ma yang seolah-olah tidak mahu berhenti, setiap kali batuk akan terkencing (itu adalah fenomena biasa ibu mengandung), lemahnya tubuh ma, penatnya ma......

Dari semua semua cerita itu, hanya satu tergambar di fikiran saya.....betapa prihatinnya ayah pada ma, sayangnya ayah pada ma. Saat itu saat saya berdoa agar dihadiahkan suami sebaik ayah.....

Saya menulis

Saya menulis dengan hati, betapa rindunya saya pada ma dan ayah. Kalaupun mereka tidak membacanya, saya berharap adik-adik saya akan membacanya dan menkhabarkan pada mereka berdua betapa saya sangat menghargai kasih dan pengorbanan ma dan ayah.

Buat suami ku

Terima kasih kerana menjadi suami yang sangat baik dan memahami. Redha abang syurga bagi mie......abang memberi amanat untuk anak sulung
sementara menunggu ikan bakar di anjung selera datang.....

4 comments:

Cik Amy Sensei said...

salam normi..

waaahh...best betul aku bace setiap entry mu mie..teringat zaman kita kat sekolah dulu..hehe..

apapun, tahniah aku ucapkan kerana bakal mendapat anak yang ke-2...ma mu lagi la..dah 11 kali erkk..hebat! kagum aku.. (^_^)

normi said...

to cik amy azmani...
hehe....zaman sekolah mmg best.byk jugek tak bestnyer.

mummyseri said...

Salam normi..betol la normi betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..mak akak ada ckp seorang ibu boleh menjaga 10 org anaknya walhal smpai brape belas org anak pon tapi 10 org anak tu blum tentu boleh menjaga ibu yang seorangkan....

kedaihuffaz said...

to kak seri...gitulah adanya. apapun smg kita termasuk dlm kalangan anak2 yg diredhai.

KAMI ^_^

KAMI ^_^