Followers

Sunday, October 4, 2009

10 SYAWAL : LEBIH 10JAM TERSADAI DI AIRPORT

Ameen bersama mamatok dan tok chek di Sultan Ismail Airport


tok chek memang tak suka tengok kamera kalau bergambar


aktiviti panjat memanjat di airport


Dengan nama Allah yang Maha Agung.

Saya tidak boleh nafikan sampai ke hari ini saya masih marah dengan penerbangan MAS. Ada juga sedikit sakit hati dengan Air Asia. Semuanya hanya bersandarkan keuntungan tanpa sekelumit pun rasa belas pada pelanggan. TAMBAHAN PULA, KESALAHAN BUKAN DI PIHAK KAMI, TAPI MAS!

Perjalanan pulang kami ke Sabah, seawal jam 4 pagi kami bersiap. Flight dijadualkan 6.45 pagi. Dari KL ke Sabah 11.10am melalui Air Asia. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari rumah, jam 5.30am kami tiba di airport Sultan Ismail Petra. Masih ramai berbaris untuk check-in.

Lebih sejam berbaris 6.40am baru MAS mengumumkan flight delay - selepas ramai tertanya-tanya kenapa kakitangan MAS bekerja bak siput sedut-slow, slow and slow. Delay ke pukul 8.30am.

Hampir pukul 7, suami masih belum selesai berbaris untuk check-in. Ma ayah terpaksa pulang hantar Syakirah ke Maahad Muhammadi Lilbanat, dan 'Izzuddin ke sekolah.

Ameen seperti biasa - menolak troli ke sana ke mari. Berlari bak pertandingan merentas desa....aduhai sangat menguji iman.

Hampir 8.30am, sekali lagi diumumkan flight delay ke pukul 9.30am!! 9.30am?? Kami akan sampai di KLIA lebih kurang 10.30am, macam mana dengan flight ke Sabah? Mana sempat.....hati menjerit. Suami mula risau, bergegas ke kaunter Air Asia. Jawapan mereka sangat mengecewakan, kami tidak dapat buat apa-apa. Ini silap MAS- kena berhubung dengan MAS! Dalam kalut suami berjumpa pegawai MAS - mendengar cerita suami selepas berjumpa pegawai MAS membuatkan saya hampir menjerit.....kenapa flight delay? pegawai MAS kata pilot tak cukup rehat kerana pesawat tiba lewat di Kota Bharu. Mereka juga tidak dapat berbuat apa2 kerana MAS tiada kerjasama dengan Air Asia.
Kami disuruh membeli tiket yang baru. Allah....harga tiket ke Sabah bukan berharga 20sen.

Akhirnya, 9.30am kami terbang juga ke KLIA dengan doa semoga flight Air Asia ke Sabah delay....Namun, iman kami diuji. Harapan hampa. Dari KLIA ke LCCT kami tiba lebih kurang 11.30am. Kapal terbang sudah bertolak. Kami ke kaunter Air Asia- dengan selamba kami disaran membeli tiket baru dengan kos lebih rm1000 sehala!!

Allah, semudah itu. Di pihak mereka mungkin tiada apa-apa kerana mereka yang akan untung. Tapi, rm 1000 lebih bukan jumlah yang sedikit bagi kami. Kalau kami kerja cop duit sekalipun, rm1000 tetap bukan jumlah yang sedikit!!!

ameen masih boleh bermain dalam kapal terbang
abi & ummi dah tak mampu buka mata

Tak dapat tidak tiket mesti dibeli. Kami pun tidak mahu menyusahkan adik dan bapa-bapa saudara yang bekerja pada hari tersebut. Tiket baru flight pukul 6.20pm. Bermakna kami akan berada di LCCT yang sarat dengan manusia itu lebih 6jam lagi.

Ia mungkin tiada masalah jika Ameen tidak meragam kerana letih dan mengantuk. Ia mungkin tiada masalah jika Ameen sudah besar, faham dan boleh duduk diam.....tapi Ameen tetap anak kecil yang berlari ke sana ke mari di celah ramainya manusia, menolak troli sama dengan pakcik Bangla, semua barang mahu disentuh, meragam bila didukung, tak mahu tidur walaupun sanagt letih dan mengantuk.....saya pula sarat mengandung.


Kami tiba juga di Sabah 9.00pm, dengan selamat Alhamdulillah. Takpe, ujian Allah untuk menguji sabar kami selepas tarbiah puasa di bulan Ramadhan, walaupun saya hakikatnya sudah tidak mampu lagi untuk tersenyum kerana letih, kaki pula bengkak akibat lama berdiri.


** Ameen 3kali tukar baju di airport.
** Takde gambar di LCCT - tak de mood nak snap-snap le....

Tinta normi : terima kasih Ya Allah atas ujian ini, terima kasih Ya Allah kerana hadiahkan kami banyak kemudahan selepas sedikit mehnahMU itu, terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kami insan-insan yang baik hati yang sudi membantu. A'la kulli hal....ALHAMDULILLAH.

3 comments:

Cik Amy Sensei said...

salam...

waduuuhhhh...lebih 10 jam tersadai? isk..isk..tak sanggupla dok lama-lama kat airport..

cobaaaaaann normi...sabo..hehe

kakchik said...

Mashaallah. Besarnya pahala kesabaran yang diperolehi bila berjaya melalui ujian tu. Dahlah delay, kena beli pula tiket baru. Memang customer service di Malaysia ni masih di takuk lama. Sepatutnya MAS kena tanggung kos tiket yang terpaksa dibeli sekali lagi, barulah adil namanya.

normi said...

to cik amy sensei : gitulah adanya....

KAMI ^_^

KAMI ^_^