Followers

Tuesday, December 29, 2009

ANUGERAH TERINDAH, ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah, puteri ke2 kami lahir dengan jayanya...hehehe. Walaupun awal dari jangkaan 2 minggu, 10 MUHARRAM 1431 = 27 DISEMBER 2009.

AHAD ITU: Hari yang sangat mencabar bagi abi, exam last SEM 5 pjj-UKM, ada 2 kertas perlu dihadapi pagi dan petang. Saya pula sudah mula sakit selang 15minit dari semalam. Cuba bersabar dan masih berharap baby masih mahu duduk dalam perut.

Seusai solat subuh, selepas membaca al quran sedikit saya mula rasakan desakan sakit makin kuat. Hati mula berkata saya akan bersalin hari ini. Dalam sakit, air ketuban mula keluar. Panik jugak le...... Hampir pukul 8 pagi, abi pula akan hadapi exam jam 9 pagi.



abe long datang jenguk adik di hospital

Ujian besar untuk abi, ujian besar juga untuk saya. Terpaksa kami minta tolong jiran yang sangat baik hati Kak Zah & Abang Basir hantar ke hospital. Mereka menunggu saya dari pagi hingga ke petang. Semoga Allah membalas kebaikan ini dengan seribu kebaikan yang lebih besar untuk mereka. Sedih, saya bersalin tanpa suami di sisi, atau sekurang-kurangnya menunggu di luar bilik bersalin.
Hampir 4jam begelut dengan kesakitan yang tak tergambar, tepat 1.18petang keluarlah baby GIRL warna pink gitu...hehehe, seperti yang diharapkan dan didoakan. Segala puji milik Allah. Dia datangkan kesakitan yang tidak tergambar, namun dalam sekelip mata kesakitan itu dihilangkan dengan hanya menatap wajah dan memegang anak suci itu.
untuk mamatok dan tok cek di kelate
(tok cek balik dari mekah esok 30 disember,semoga selamat sampai)

versi baru lepas mandi

pandangan sisi - supaya hidung nampak mancung....hehe

11 comments:

ainun dq said...

mashaAllah..jamilah jiddan.mabruk buat akk dan suami=)

Al-Atiff said...

salam tahniah normi.. :)
bestnye tgk muka baby pink..
mesti ameen tak sabar nak main ngan adik dia ni.. hehe..
atif pn sangat teruja sebenarnya nak ada 2nd baby.. moga ada rezeki auntuk atif..
atif doakan kebahgiaan dan kesejahteraan normi sekeluarga..insyallah..

Adinda Amy Sensei said...

salam normi..

tahniahh...
waahh....dah bersalin rupenyeee ek.....dapat baby girl lak ek...apa namanya tuuu?

mummyseri said...

Salam normi..
alhamdulillah n tahniah dr kami sekeluarga..
berpantang kat sini je ke ?..

Noraslina binti Jusin said...

Salam, Normi.

Alhamdulillah, semoga menjadi anak yang solehah buat ibu bapanya.

Tahniah Kak Ina ucapkan :)

Nurr_Rahmah said...

Salam,

Tahniah. Cutenya baby girl. Semoga menjadi anak yg solehah.

normi said...

to ainun, al-atiff,cik amy,kak seri,kak ina, nurrkasih.....

salam dan syukran atas kunjungan dan doa kalian. Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan jalannya.

k aliza said...

Mabruk Normi, moga jadi anak solehah.
Kata orang "anak perempuan jadi penyejuk hati bapanya" moga begitulah hendaknya.

Bertambah lagilah tugasan Normi dan suami. Tahniah.

Nisha said...

Assalamualaikum Normi.

Tahniah Normi. Macam muka bapanya ke..? Matanya nampak sepet sikit.

Wassalam

mie said...

to kak aliza

syukran....harap begitulah. keluarga mertua datang lamabat sikit & ma ayah di kelate tak dapat datang memang abinya terpaksa byk "bekerja". doanya pengorbanan abi ni menjadikan anak perempuannya penyejuk hatinya....

mie said...

to kak nisha

hehehe.....mata anak2 memang ikut abinya...sepet.

KAMI ^_^

KAMI ^_^