Followers

Thursday, September 23, 2010

BILA ANAK MENJERIT.....

Dengan asma Allah Yang Maha Agung

Anak kita mungkin nakal tahap gaban. Anak kita mungkin suka melompat-lompat buat bising. Anak kita mungkin itu dan ini.... namun dia tetap masih seorang kanak-kanak.

Justeru, sekiranya ada jeritan atau bunyi bising kita sebagai ibu ayah jenguklah seketika....mungkin ada sesuatu yang terjadi.

Saya sedih dengan berita ini. Ibu bapanya mungkin 1000 kali lebih sedih.....pasti ada juga rasa ralat di hati mereka.

Jadi...andai anak menjerit luanglah barang sesaat dua untuk menjenguk, walaupun mereka pernah melakukan 100 kali gurauan atau jeritan yang sama.....kerana mereka masih seorang kanak-kanak.

SUMBER BERITA : KOSMO!


MOHD. FADTAH menunjukkan meja yang menyebabkan anaknya mati tersepit di Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar semalam.


IPOH - Seorang kanak-kanak berusia lima tahun menjerit kesakitan sambil meminta tolong selama hampir 10 minit tetapi disebabkan ahli keluarganya menyangkakan semua itu gurauan, dia akhirnya meninggal dunia selepas tersepit di kaki meja lipat di rumahnya di Kuala Kangsar semalam.

Kejadian pukul 5.50 petang itu berlaku di Kampung Talang Hilir ketika mangsa, Muhammad Irfan Mohd. Fadtah bermain seorang diri di belakang rumah.

Dia dipercayai mengambil meja lipat yang diletakkan di tepi rumah dan memasukkan kepalanya di celah kaki barangan itu sebelum ia jatuh dan menyepit tubuhnya.

Dalam keadaan badannya terlentang dan kepala tersepit, Muhammad Irfan menahan kesakitan selama 10 minit sehingga tubuhnya bertukar kebiru-biruan.



tinta normi : bukan mengata, bukan juga menyalahkan....sekadar berkongsi peringatan. Saya juga ada anak. MUHAMMAD IRFAN TEMPAT MU PASTI DI SYURGA,INSYAALAH.

2 comments:

Ummufarhan said...

Salam,

Kesian pada anak kecil itu. Azabnya sebelum meninggal. Terima kasih di atas peringatan ya ini coz anak saya pun nakal juga.

Normi Hj Mat Yusof said...

mie to ummufarhan....

ragam anak, kalau sihat, aktif lah dia. klau senyap je atau jd "anak istimewa" kita pula yg risau.

ma saya pesan kalau anak nakal jgn disebut nakal-kata2 ibu boleh jadi doa.

ameen saya pun boleh tahan aktifnya. tp setiap hari kalau pakaikan baju atau mandikan dia saya akan cakap..."sape anak soleh ummi? cepat2 ameen jawab..."abe long!!!" lepas berbulan2 ckp macam tu atau lain2 pujian sperti "sape anak ummi yg bijak..." ada perubahan sikit anak.insyaallah, doa ibu ayah pasti mustajab...insyaallah.

KAMI ^_^

KAMI ^_^