Followers

Saturday, October 2, 2010

TAHAP KEMARUK KE NI? =)

Dengan asma Allah yang Maha Agung

Boleh dikatakan setiap minggu saya akan beli buku.Tambahan pula sekolah saya dekat benar dengan kedai buku. Mamak tokey kedai buku tu kaya raya sebab saya je kot...hehehe.

Beli pada hari Isnin - bagus buku DIDIK ANAK JADI PINTAR, sangat wajar dimiliki oleh ibu-ibu sekalian.
RAHSIA BISNES GOOGLE - sebenarnya tersilap beli. Saya ingatkan macam mana mahu iklankan bisnes online kita di GOOGLE rupanya buku berkisar tentang sejarah penubuhan Google, pengasasnya dsb. Apapun bagus juga untuk mereka yang berminda besar dan bercita-cita besar. Semua orang mampu mencipta sejarah!
Point pentingnya - pengasas Google adalah seorang Yahudi.


Buku Abelong Ameen & Iman fahfah - Ameen cukup suka saya ceritakan dalam buku tu adalah dia dan Iman!













Buku himpunan doa-doa untuk anak-anak-namun jadi buku cerita untuk anak-anak untuk ibu kuat berimiginasi seperti saya. heh heh =)




Sebelum itu, hari minggu saya dan suami sempat singgah di kedai buku. Buku RINGKASAN RIYADHUS SOLIHIN milik suami.

TRAGEDI CINTA TAJ MAHAL - saya berikan 2 bintang untuk jalan ceritanya.







RINDU BAU POHON TIN - Buku lama tulisan Abu saif yang baru saya miliki. Tak sampai sehari saya berjaya khatamkan hingga noktah terakhir. Jujur, saya tak mampu berhenti bila membacanya.

Saya hampir menitiskan airmata bila membaca bab syahidnya Marwan - pelajar Jordan yang mengisi cuti semesternya dengan jihad di Palestin, dan dia menemui syahidnya.

Juga, saya digigit kesayuan dengan pemergian sahabat Abu Saif yang terbabit dalam kemalangan dalam perjalanan menziarahi Abu Saif di Mu'tah. 5 sahabat meninggal bersama. Saya suka buku ini, suka sangat! Seolah-olah saya turut terbau harumnya pohon tin itu.


TINTA NORMI ; gembira bila zaujihabibi- setiap malam (dalam sebulan dua terakhir ini) sebelum tidur baca buku dulu. harapnya istiqomah sampai akhir hayat abang ya. =) emm...saya pun tak mampu nak buat cenggitu. Asyik-asyik tertidur sambil bercerita dengan anak-anak. Ummi yang tidur dulu, anak masih lagi melompat-lompat. Tak syok kah cerita ummi???????? uhuk,uhuk.

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^