Followers

Thursday, November 25, 2010

ASSALAMUA'LAIKUM

Dengan asma Allah yang Maha Agung.

Lama sungguh tak menulis di sini....berada di kampung ketika ini, Tanah Serendah Sekebun Bunga Kelantan Darul Naim.

22 November 2010 - ulang tahun perkahwinan saya dan zauji habibi. Alhamdulillah 6 tahun melayari cinta bersama suami. Alhamdulillah....semakin lama bersamanya, semakin saya jatuh cinta padanya....
(hehehe...menulis begini kerana ketika ini saya berjauhan dengan zauji habibi. Dia jauh di Sabah. Saya tahu dia cuba menggembirakan saya dengan memberi izin saya menghabiskan cuti sekolah bersama keluarga. Sekarang kami melalui fasa-fasa suami isteri angau.....betul,sebulan inilah yang saya rasa paling lama.uhuk,uhuk. Gembira dapat dekat dengan ma & ayah namun tetap sangat merindui suami.)

6 tahun bersama - dengan 2 orang buah hati Ameen & Iman saya hadiahkan suami buku ini. Dengan secebis nota di dalamnya; "TANDA CINTA BUAT SUAMIKU... MENGENALIMU, MENYINTAIMU DAN HIDUP BERSAMAMU...ADALAH ANTARA HADIAH TERINDAH DARI ALLAH BUAT DIRIKU."

Dengan harapan kami bisa mencontohi Nabi SAW dalam bercinta!

Saat pertama kali memanggilnya "Abang", malunya bagi mahu menyorok di bawah bantal. Saat pertama kali keluar berdua-duaanya dengannya, pelik sungguh rasanya. Saat kali pertama mencium tangannya, debar di dada usah dikira.

Abang....redhamu syurga buat mie....



Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah.





Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.

Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta.

Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya.

Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat.
Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam.
Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.

Justeru dalam medan yang pelbagai itu, ustaz ini memperjuangkan cinta.

Cinta yang diteladani daripada seorang Nabi.

Seorang Murabbi.

MURABBI CINTA.


tinta normi : -membaca untuk lebih akrab dengan al Kholiq, bercinta untuk lebih menyintai-Nya!-

percayalah, pasangan yang paling mencintai Allah akan paling mendalan cintanya terhadap pasangannya..

No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^