Followers

Wednesday, January 5, 2011

SAIFULISLAM,DARUL QURAN, DRAMA HANI



DENGAN ASMA ALLAH YANG MAHA AGUNG....

Saya bukanlah peminat drama Melayu - saya benci dengan babak2 isteri melawan suami - apalagi melibatkan babak tak masuk dek akal, juga cerita-cerita seram khurafat yang boleh menjejaskan iman.

Namun, ada something special dengan drama Hani! DARUL QURAN..... tempat yang paling saya rindui.


Ia bukanlah drama "sempurna" seperti yang saya harapkan, namun ia tetap sebuah drama yang baik.

Sila baca apa yang Saifulislam tulis.....ada baiknya anda baca sekali komen pembaca di website beliau.... :

Saya tidak menulis skrip.

Jauh sekali berlakon.

Tetapi di dalam teledrama HANI, buku saya yang berlakon.

Penulis skrip, Zabidi Mohamed, mengangkat buku saya, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, sebagai sebuah watak penting di dalam dramanya yang sedang rancak ditayangkan di slot LESTARY di TV3. Ia bukan sekadar cameo appearance untuk tujuan promosi, tetapi berfungsi sebagai pengikat jalan cerita daripada sub plot kepada main plot drama berkenaan.


Keunikan drama HANI ini, ia adalah sebuah drama cinta remaja dan keluarga yang TIADA WATAK JAHAT.

Tiada watak antagonist, tiada maki hamun dan tiada skandal.

Apa yang ada hanyalah konflik kehidupan insan, keluarga dan kehidupan mereka yang bertarung dengan nafsu, fikiran, perasaan dan kehendak-kehendak diri yang lebih mencerminkan realiti.

Tentu sahaja pendekatan ‘berani’ Ustaz Zabidi Mohamed ini bercanggah dengan kebiasaan drama-drama yang mengisi slot Lestary di TV3. Akan tetapi rating memberansangkan yang dicatat oleh Teledrama HANI ini, nyata meletakkan satu benchmark yang tersendiri, bahawa semua itu bukan lagi ‘the in thing’ semasa. Kehidupan sebenar masyarakat yang sudah sedia penat dengan masalah, tekanan dan konflik, mereka seharusnya diberi peluang untuk menonton sebuah drama yang menyediakan ruang selesa untuk bermuhasabah biar pun dalam mood berhibur atau berehat.

Saya yakin, kekuatan drama HANI ada di situ.

Malah teledrama HANI tersebut berada di slot LESTARY di TV3 bersempena dengan HIJRAH dan perjalanan kisahnya akan membawa kisah ke lokasi yang cukup unik iaitu di DARUL QURAN (JAKIM) di Kuala Kubu Bharu. Projek Mushaf al-Quran versi Braille untuk golongan cacat penglihatan akan menjadi subjek penting yang mengisi drama berkenaan.

Namun, istimewa bagi saya, buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA bukan muncul sesekali, malah diratah oleh watak-watak yang wujud di dalam drama berkenaan daripada pelbagai sudut. Ada yang skeptis seperti Tajul, rakan sekelas Hani, demikian juga bapanya, ada pula yang menjadikan buku itu sebagai inspirasi. Tajuk-tajuk yang terdapat di dalam buku tersebut diulas di episod-episod awal, seperti SI POLIS CINTA, KAHWIN SEMASA BELAJAR, JODOH TIDAK DATANG BERGOLEK, TEORI EVOLUSI CINTA, ERTI KEJAYAAN DIRI dan banyak lagi.

Pertemuan terbaru saya bersama Ustaz Zabidi Mohamed di TV AL-HIJRAH ketika kami berdua menjadi tetamu di dalam slot Assalamualaikum, Ahad 2 Januari 2011 yang lalu

Terima kasih kepada Ustaz Zabidi Mohamed kerana memanfaatkan isi kandungan buku BERCINTA SAMPAI KE SYURGA ini di dalam drama terkini beliau. Buku yang pernah dicalonkan ke Pertandingan Buku Popular Berita Harian 2010, menerima anjakan baru selepas kemunculan drama HANI di TV3.

Kisah di balik tabir berkaitan dengan penghasilan teledrama HANI ini, boleh diikuti di blog Ustaz Zabidi Mohamed.

Menjadikan buku sebagai watak penting di dalam sebuah drama, adalah satu pendekatan unik yang wajar diperbanyakkan lagi.

Mana tahu, ada rezeki buku AKU TERIMA NIKAHNYA diadaptasikan menjadi sebuah program bual bicara remaja di televisyen!

“Masuk ke Mesir, jangan hanya dari satu pintu!” pesan Yaaqub kepada anak-anaknya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

1 comment:

Ibu Yusuf Maryam said...

Salam..
Buat kali pertama mlm td sy menonton Hani secara tidak sengaja.. saya kira ia telah berjaya menarik sy untuk mengikuti episod2 seterusnya.. walaupun sedikit ketinggalan..

KAMI ^_^

KAMI ^_^