بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kita berdiri atas realiti dan dunia sebenar. Memang alangkah seronoknya bergelar bonda. Ada suara-suara kecil memangggil ummi, ibu, mama. Alhamdulillah ia nikmat terhebat. Namun anak-anak juga adalah ujian dari Allah. Ada masanya kita seolah-olah berada dalam dunia yang sangat huru-hara. Along lapar, kak ngah nak kencing adik pula menangis meragam mahu itu ini.
Pernah seorang sahabat mengadu kepada saya, jujurnya dia tak sanggup berhenti kerja dan berada 24 jam bersama anak-anak. Boleh pecah kepala, katanya bergurau. Dia tidak sesabar saya katanya. Saya hanya tersenyum.
Di mana sahaja ada tekanan, di rumah di sekolah di tempat kerja. Ia juga salah satu bentuk ujian-ujian dalam kehidupan seorang manusia. Kita tidak dapat lari dari semua itu. Ya, awal-awal berada di rumah saya tertekan dan rendah diri. Malu bila orang bertanya kerja apa? Malu juga bila terpaksa mengisi borang yang ada ruang untuk di isi "PEKERJAAN" . Serba tak kena bila perniagaan maya/online yang dijalankan sekadar suam-suam kuku. Mahu menangis bila anak-anak meragam dan suami pula keluar bekerja.
Namun apabila saya mengamalkn zikir ini, yang saya ambil dari laman sosial Ustazah Norhafizah Musa, Allahu Allah...seolah-olah segala beban saya hilang.
Ya apabila kita sedar dan kembali sedar kita adalah hamba Allah, itulah ubat terhebat. Itulah ketenangannya. Kembali kepada Allah, adu, merayu, merintih, menadah penuh harap hanya pada Allah. Sesungguhnya itu ubat terhebat kepada sesiapa sahaja.
"Andai susah hati, rezeki terasa sempit, kehidupan tidak terurus dan sebagainya..jangan NANTI lagi..bacalah doa di bawah ini, jadikan zikir harian ya. Sama-sama kita saling mendoakan." (Ustazah Norhafizah Musa)
Nota Suri Keluarga Bekerja di Rumah : Kesedihan dan rasa rendah diri yang saya ceritakan di atas adalah cerita dulu. Saat saya belum bertemu mentor dan sahabat-sahabat "Working at Home Mother" yang hebat. Kini sesungguhnya saya bangga - saya fokus pada kedai online saya : http://kedaihuffaz.blogspot.com/. Saya gembira dengan memasarkan produk pakaian kanak-kanak, produk pendidikan kanak-kanak bahkan saya sangat bangga dengan hasil "dropship" jualan telekung saya. Kini bila sesiapa sahaja bertanya apa pekerjaan saya, saya akan jawab "Surirumah yang bekerja dari rumah". Bila mereka bertanya kerja apa? Jual apa? saya hulurkan kad perniagaan saya. Alhamdulillah, Allah memang selayaknya dipuji.
Dapatkan buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI dengan PERCUMA
dengan membeli salah satu pakej di bawah :
Pakej asas wahm soho.
Ebook bisnes butik RM50
Ebok Asas blog RM50
Ebook super wahm super mom RM25: bayaran RM125
ATAU
Pakej asas wahm soho-bisnes makanan.
Ebook Asas Blog RM50
Ebook 101 idea bisnes makanan RM50 (bayar RM30 harga promosi)
Ebook super wahm super mom RM25 : bayaran RM105
No comments:
Post a Comment