Followers

Wednesday, July 31, 2013

Wahai Bonda Dirimu Kunci Kejayaan Kami

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu rintihan hati saya ketika menulis entri ini. Ramadhan memang sentiasa menggamit rasa rindu yang tak pernah berkesudahan. Rindu pada masakan bonda walaupun hanya ikan kembung singgang, rindu juga pada telur asin air tangan ma, rindu pada suara ma. 

Terbayang-bayang juga ayahanda makan dengan cepat ketika berbuka dan terus ke masjid berdekatan untuk solat berjemaah. Kesungguhan ayah membawa kami ke masjid yang ada "hafiz" menjadi imam dengan suara merdu dan mendayu. Maka kami anak dara yang nakal...memasang angan-angan bersuamikan seorang hafiz yang bersuara lunak merdu! Hehe, saya lah itu. Hujung Ramadhan ayahanda dengan kelambu hijau dan beg pakaian solat beriktikaf di masjid. Agak sukar melihat ayahanda bersantai-santai di ketika hujung Ramadhan.


Ini kisah bonda dan ayahanda saya. Setiap orang pasti merasakan ibu bapa merekalah yang terbaik. Bukan niat berbangga-bangga, namun inilah hebatnya sebuah kasih tanpa syarat seorang bergelar ibu dan ayah. Hangat kasih sayang dan pengorbanan hanya anak yang punya iman bisa menghargai. 


Dr Azizan Osman bersama Prof Muhaya berkongsi video yang  yang saya ambil dari laman sosial Dr Azizan (https://www.facebook.com/AlumniDrAzizan) dalam satu peraduan yang beliau anjurkan,antara tips kejayaan  yang mereka  kongsikan ialah : 
  • Bangun awal 
  • Mula dengan hubungan dengan Allah
  • Doa
  • Baca buku
  • Beri sesuatu (petua/quote) yang manfaat
  • Lihat wajah ibu
  • Syukur
  • Hargai masa Bersama keluarga
  • Dengar sesuatu yng positif
  • Memberi kebaikan walaupun dengan sepatah kata/quote
Paling meneyentuh hati saya, antara rahsia kejayaan bak Prof Muhaya islah: 
"Tidak ada orang yang tidak berjaya yang tidak baik pada ibunya.(Buat baik pada ibu pasti berjaya)"


Inilah jugalah antara tips murah rezeki yang penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki kongsikan. Bahkan ada satu bab yang beliau tulis hanya berkaitan seorang ibu. Jika berada dekat, jenguk-jenguklah mereka selalu, jika berada jauh apa salahnya setiap hari menelefon bertanya khabar bonda. Menyelak halaman 160 pasti kita akan tersentuh dengan kisah anak menelefon ibunya 3 kali sehari. Memuliakan ayah bonda dan mendapatkan redha mereka adalah satu langkah besar impaknya untuk kita memudahkan urusan rezeki. Mudah semudah-mudahnya!


>>>Nota suri keluarga bekerja di rumah : Samada kita ibu berkerjaya atau ibu sepenuh masa di rumah/ibu bekerja dari rumah - pasti kita tahu benar besar sungguh ujian bergelar ibu. Saat mengandung, saat melahirkan bahkan saat membesarkan semuanya tidak semudah kat-kata, jadi memang patutlah Allah Taala & Rasulullah SAW sangat menyuruh kita mentaati ibu ayah, lebih-lebih lagi seorang ibu. 
Cuba kita selidiki berapa kali Allah menyebut dalam Al Qur'an ayat-ayat berkaitan ibu dan ayah? Dari situ pasti kita tahu antara rahsia/tips kejayaan seorang manusia ialah : DAPATKAN REDHA IBU/AYAH.

Pilih salah satu pakej yang sesuai dengan jiwa  dan dapatkan secara  PERCUMA buku Mudahnya Menjemput Rezeki! Boleh pm saya di fb atau sms 019 53 94 216. Saya akan bantu tuan/cik puan memilikinya.InsyaAllah.


No comments:

KAMI ^_^

KAMI ^_^